awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bell Ngasri terima anugerah khas daripada stesen nombor 1 ERA

Astro Awani
Astro Awani
21/07/2023
05:31 MYT
Bell Ngasri terima anugerah khas daripada stesen nombor 1 ERA
Malam Healing ERA dihadiri lebih 500 pelajar KPTM yang turut mempersembahkan nyanyian daripada penyanyi terkenal tanah air. - Foto ERA
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak Bell Ngasri, atau nama sebenarnya Ngasrizal Ngasri, mengakui tidak sangka mendapat anugerah khas daripada stesen radio nombor 1 satu Malaysia, ERA.
Anugerah tersebut dedikasi khas buat Bell selepas berpuluh tahun dalam industri seni, daripada seusia kanak-kanak sehingga sekarang.
“Saya ingatkan saya dijemput ERA untuk menghiburkan penonton, tetapi rupa-rupanya saya mendapat pengiktirafan istimewa.
“Saya dengan ERA ini, lebih kepada urusan kerja, untuk rakam suara latar iklan di radio.
“Tetapi hadiah wang tunai RM1,000 yang diterima saya bagi anugerah ini, lebih tinggi daripada bayaran rakaman suara latar tersebut.
“Apa-apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan ERA dan rakan-rakan penyampai radio yang sudi beri pengiktarafan ini.
“Saya amat bersyukur dan tidak mampu membalas jasa mereka yang sentiasa menyokong saya tidak henti-henti sepanjang saya bergelar anak seni,” kata Bell di Malam Healing ERA di Kolej Polytech Mara Bangi, malam tadi.
Malam Healing ERA dihadiri lebih 500 pelajar KPTM yang turut mempersembahkan nyanyian daripada penyanyi terkenal tanah air.
Antara yang membuat persembahan termasuk Nabila Razali, Amir Masdi, Sarah Suhairi, Fieya Julia, Amir Jauhari dan Saixse.
Persembahan nyanyian tersebut boleh ditonton semula menerusi platform Youtube Rasmi eradotjer.
Untuk perkembangan terkini stesen radio ERA, boleh ikuti di laman tik tok rasmi era.je.
Topic Berkaitan
#Bell Ngasri
#Malam Healing Era
#era
#anugerah khas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan