awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kanak-kanak buka pintu kenderaan punca kemalangan enam kenderaan di Jalan Tun Razak
Wartawan wanita perlu imbangi teknologi dan integriti - Noraini
10 lelaki ditahan bantu siasatan kes merusuh di Taman Beringin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Belum... Belum bersalin lagi. Jangan buat khabar angin', kata pengurus Siti Nurhaliza

Astro Awani
Astro Awani
15/03/2018
14:24 MYT
'Belum... Belum bersalin lagi. Jangan buat khabar angin', kata pengurus Siti Nurhaliza
Foto yang dimuat naik Rozi di Instagramnya menunjukkan dia bersama Siti Nurhaliza yang menis tersenyum. - Instagram @rozisangdewi
TERNYATA kanta perhatian para peminat seni tanah air sekarang ini tidak lepas daripada terus memikirkan tentang keadaan penyanyi kesayangan negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan kandungan sulung beliau.
Dalam melayan rasa teruja itu, tidak dinafikan terselit pelbagai spekulasi tentang tarikh dan waktu kelahirannya, hingga macam-macam khabar angin sedang kencang ditiupkan.
Keterujaan itu bagaimanapun diredakan oleh pengurus yang juga kakak ipar penyanyi itu, Rozi Abdul Razak.
Menerusi entri terbaharu di akaun Instagram miliknya, Rozi menepis khabar angin yang mengatakan penyanyi nombor satu negara itu sudah bersalin.
Belum...belum...bersalin lagi, jangan buat khabar angin. Elok melawa dan tersenyum lagi ni. Masih juga sempat melapangkan waktu menyelesaikan beberapa tugasan. Saya dulu masa uruskan @ctdk, esok nak bersalin, hari ni masih bekerja keras. Siap masak nasi minyak dan menjamu rakan-rakan sekerja lagi sebab nanti akan lama berpantang, tak boleh makan macam-macam.
A post shared by Rozi Abdul Razak (@rozisangdewi) on
Mar 15, 2018 at 2:20am PDT
Rozi meminta orang ramai tidak membuat spekulasi secara melulu tanpa sebarang kenyataan rasmi daripada pihak Siti Nurhaliza sendiri.
“Belum, belum bersalin lagi, jangan buat khabar angin. Elok melawa dan tersenyum lagi ni.
“Masih juga sempat melapangkan waktu menyelesaikan beberapa tugasan. Saya dulu masa uruskan @ctdk, esok nak bersalin, hari ini masih bekerja keras.
“Siap masak nasi minyak dan menjamu rakan-rakan sekerja lagi sebab nanti akan lama berpantang, tak boleh makan macam-macam,” tulisnya dalam entri yang disertai foto dirinya yang tersenyum bersama Siti Nurhaliza.
Terdahulu, khabar angin itu tersebar susulan sesetengah pihak yang menjangkakan detik penyanyi itu melahirkan bayinya pada Mac ini.
VIDEO: Siti Nurhaliza akan melalui proses pembedahan
BACA: Ikut sunnah, tunggu 7 hari baru boleh umum nama bayi - Siti Nurhaliza
Topic Berkaitan
#bersalin
#gosip
#pengurus
#Rozi Abdul Razak
#selebriti
#Siti Nurhaliza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan