awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Naik taraf stadium hoki perkukuh prestasi atlet, pembangunan sukan Negeri Sembilan - Exco
Pembangunan kawasan PRTU: PPSB komited terhadap ketelusan, keselamatan awam
25 mayat ditemukan dalam operasi SAR tanah runtuh di Bandung Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berbeza akidah tidak halang Adam Corrie beri penghormatan kepada ibu

Astro Awani
Astro Awani
08/12/2025
00:00 MYT
Berbeza akidah tidak halang Adam Corrie beri penghormatan kepada ibu
Walaupun berlainan agama, namun, sebagai seorang anak, Adam Corrie tetap berada di sisi mendiang ibunya sehingga ke perjalanan akhirnya di dunia kerana baginya, itulah tanda penghormatan dan kasih sayang. - Gambar Instagram @adamcorrielee
KUALA LUMPUR: Sekalipun dia dan ibunya berbeza pegangan agama, namun, perbezaan itu tidak dijadikan alasan buat Adam Corrie untuk menunaikan tanggungjawab terhadap ibunya yang meninggal dunia pada Sabtu lalu.
Berkongsi perkara itu, aktor berusia 56 tahun itu berkata, hubungan kekeluargaan antara dia dan mendiang ibu serta adik-beradik lain tidak pernah putus.
“Walaupun saya dan ibu berlainan agama, sebagai seorang anak saya tetap berada di sisi hingga ke akhirnya. Itulah tanda penghormatan dan kasih sayang.
"Sebagai seorang Muslim, saya menjaga batas agar tidak melanggar syariat kerana Islam tidak pernah memutuskan hubungan kekeluargaan. Tambahan pula, ini ibu yang melahirkan kita,” katanya dalam hantaran di media sosial.
Menurut Adam Corrie, selepas selesai urusan di hospital, mendiang ibunya dibawa ke sebuah tokong untuk membolehkan sanak saudara memberi penghormatan terakhir sebelum disemadikan pada Rabu ini.
Pada Sabtu, Adam Corrie dengan berat hati mengumumkan kehilangan ibu tercinta menerusi hantaran di media sosial.
Adam meluahkan rasa sedih atas kehilangan insan tersayang dan memohon ruang untuk memberi tumpuan pada urusan terakhir mendiang.
“Dengan hati yang berat, saya memaklumkan bahawa ibu tercinta saya sudah pergi buat selama-lamanya. Buat sementara waktu ini, segala urusan terpaksa saya tangguhkan bagi memberi ruang sepenuhnya kepada urusan pemergian mendiang ibu saya,” tulisnya.
Topic Berkaitan
#Adam Corrie
#ibu Adam Corrie
#berbeza akidah
#mendiang ibu Adam Corrie
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan