awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berdepan dakwaan kes rogol peminat, tayangan 'A Very Backstreet Holiday' dibatalkan

Faida Rahim
Faida Rahim
10/12/2022
04:45 MYT
Berdepan dakwaan kes rogol peminat, tayangan 'A Very Backstreet Holiday' dibatalkan
Kes siasatan sivil difailkan di Las Vegas oleh mangsa yang kini berusia 39 tahun dan pernah meminati kumpulan itu - Foto Instagram/@nickcarter
LOS ANGELES: Tayangan rancangan istimewa A Very Backstreet Holiday telah ditarik balik stesen televisyen ABC berikutan kes saman terhadap salah seorang anggota kumpulan, Nick Carter.
Memetik laporan BBC, Shannon Ruth, 39, mendakwa dirogol semasa kumpulan itu melakukan konsert jelajah pada 2001. Ketika itu, Ruth mendakwa dia berusia 17 tahun.
A Very Backstreet Holiday dijadualkan ditayang pada 14 Disember namun, belum lagi disenaraikan dalam program khas sempena sambutan Hari Natal di saluran popular itu.
Dalam pada itu, kes siasatan sivil yang difailkan di Las Vegas yang mendakwa dia pernah meminati kumpulan yang sinonim dengan Everybody, I Want It That Way, Show Me the Meaning of Being Lonely dan banyak lagi.
Walau bagaimanapun, peguam Carter memaklumkan tuduhan ini "tidak bermerit di sisi undang-undang" dan "tidak benar sama sekali".
Berita keputusan ABC untuk menarik rancangan yang menjalani penggambaran bulan ini, dilaporkan oleh portal hiburan popular Variety dan Hollywood Reporter, yang menambah bahawa rancangan komedi akan ditayangkan sebagai ganti.
Ruth, yang menghidap cerebral palsy dan autistik turut menuduh Carter merogolnya dan menyebabkan dia mengalami jangkitan kelamin.
Rancangan A Very Backstreet Holiday menampilkan Carter, AJ McLean, Kevin Richardson, Brian Littrell dan Howie Dorough dijemput membuat persembahan menyanyikan lagu hits dari album ke-10, A Very Backstreet Christmas, dengan penampilan bintang lain termasuk Seth Rogen dan Meghan Trainor.
Topic Berkaitan
#Backstreet Boys
#dakwaan kes rogol
#A Very Backstreet Holiday
#saluran TV ABC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan