KUMPULAN girl group trio popular Defam mengumumkan penarikan diri daripada rancangan realiti The Hardest Singing Show.
Pengumuman itu dibuat pada malam tadi menerusi hantaran video ketika bersiaran secara langsung.
Masalah kesihatan
Menurut Defam yang dianggotai Azira Shafinaz, Sophia Liana dan Cik Manggis, keputusan itu terpaksa dibuat ekoran masalah kesihatan.
"Kita teruja sebenarnya setiap minggu kita dapat duduk bersama dan melakukan seni persembahan secara kreatif bersama-sama.
"Idea yang tak pernah kita keluarkan di tempat lain kita keluarkan di sini, rasanya inilah momen terbaik sepanjang di sini.
"Dengan rasa sedih, kami mengumumkan untuk menarik diri daripada The Hardest Singing Show.
"Kita terpaksa buat pilihan ini atas faktor kesihatan, ia bukan daripada pihak kami bertiga," kata Cik Manggis dan Azira Shafinaz.
Defam turut berterima kasih atas sokongan daripada juri, pasukan mereka dan rakan selebriti yang turut mengambil bahagian dalam The Hardest Singing Show tahun ini.
"Kita juga ingin berterima kasih kepada juri yang sangat supportive selama lima minggu ini, kepada pasukan kami, terima kasih kerana sudi berjuang bersama kami.
"Kepada kawan-kawan yang masih berjuang, selamat maju jaya, kami seronok bersama kalian. Kami doakan yang terbaik dan teruskan menyokong mereka," tambah Sophia Liana.
Rancangan 10 minggu ini diacarakan oleh penyampai radio popular, Nabil Ahmad bergandingan bersama pengacara, pelawak dan juga penyanyi terkenal Indonesia, Rina Nose.
Sementara itu, bangku juri pula disandang oleh barisan penyanyi, komposer dan pengarah professional yang telah lama berkecimpung di dalam industri muzik dan hiburan, termasuk Dato' Sri Rossa, Edry Abdul Halim dan Zizan Razak.
Saksikan The Hardest Singing Show untuk menyaksikan format pertandingan luar biasa dan pengalaman pertandingan nyanyian terhebat abad ini di Astro.
Penerbitan 'The Hardest Singing Show' diunikkan oleh Alha Alfa Cosmetics selaku penaja utama.
Penjurian & Trivia The Hardest Singing Show
* Persembahan setiap peserta menerusi 'The Hardest Singing Show' akan diadili 100% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri profesional.
* Juara 'The Hardest Singing Show' akan membawa pulang wang tunai bernilai RM150,000 berserta trofi sumbangan Astro.
* Para penonton dan peminat boleh mengundi mana-mana persembahan peserta kegemaran mereka bagi menentukan pemenang mingguan iaitu "The Hardest Gempak Meter" pada setiap minggu. Undian boleh dilakukan secara dalam talian menerusi laman rasmi http://gempak.com/thehardestsingingshow.
* Eksklusif buat rancangan terbaharu ini, Astro turut mengeluarkan lagu tema yang berjudul 'I'm The Best' dan lagu tema yang bergenre Pop ini ditulis oleh komposer muda Iqie Hugh.
'The Hardest Singing Show' akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama 10 minggu bermula 12 Mei 2024, setiap Ahad, jam 9 malam menerusi Astro Ria (Saluran 104).
Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box, aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Persiapan persembahan setiap peserta akan dipaparkan menerusi Studio The Hardest Singing Show dan segala telatah dibalik tabir, perbincangan, latihan di pentas utama dapat di saksikan di BTS The Hardest Singing Show yang dihoskan oleh Ceddy Ng selama 30 minit setiap minggu, dibawakan istimewa kepada para penonton dan peminat. -Gempak
Gempak
Mon Jun 17 2024
Pengumuman itu dibuat pada malam tadi menerusi hantaran video ketika bersiaran secara langsung. -Gempak
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
THSS: Terapung sambil main piano, Aisha Retno raih markah tertinggi 90.74 peratus
Aisha Retno telah dinobatkan sebagai peserta yang menduduki tangga pertama di minggu ke-9 dalam pertandingan The Hardest Singing Show.
THSS: Bakar tangan atas pentas, Putera Muhammad raih markah tertinggi!
Putera Muhammad dinobatkan sebagai peserta yang menduduki tangga pertama di minggu ke-8 dalam pertandingan The Hardest Singing Show.
THSS: De Fam tarik diri, Azira Shafinaz ikut nasihat doktor
Dedah Azira, punca penarikan diri De Fam disebabkan keadaan kesihatannya dan mengikut nasihat doktor.
Ayda Jebat kongsi keadaan ayah selepas diserang strok
Penyanyi Ayda Jebat berkongsi mengenai keadaan terkini ayahnya yang sebelum ini dikhabarkan dimasukkan ke hospital akibat strok.
The Hardest Singing Show: 'Mereka takkan perform tanpa...' - Ini punca sebenar DeFam tarik diri
Jelas Firdaus, pihak DeFam memilih untuk menarik diri apabila Azira Syafinaz dikhabarkan sedang berdepan dengan masalah kesihatan.
Berdepan masalah kesihatan, Defam tarik diri daripada The Hardest Singing Show
Pengumuman itu dibuat pada malam tadi menerusi hantaran video ketika bersiaran secara langsung.
THSS: Kekal di tangga tiga teratas, Aisha Retno juara minggu Mega Dansa
Hasil kemenangan menyaksikan Aisha membawa pulang Anugerah The Hardest of The Night serta wang tunai RM2,000.
THSS: Datin Alyah tarik diri, Putera dan Stacy boleh tarik nafas lega
Putera dan Stacy berada ditangga dua terbawah selepas masing-masing memperoleh markah 71.33 peratus dan 74.21 peratus daripada juri tetap.
THSS: Bertemakan ‘Revolu-sihat’, ini senarai lagu tugasan peserta minggu ke-2
Menerusi segmen akhir, L U S M atau Level Up Satu Minggu telah mengumumkan kesemua peserta mempunyai lagu untuk dibawa ke minggu seterusnya. Senarai lagu minggu ke-2
THSS: Semua L.U.S.M, Ayda Jebat ungguli minggu pertama
Kemenangan itu membolehkan Ayda membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000.