Akhirnya Farid Kamil membuka mulut mengenai spekulasi Diana Danielle yang dikatakan sudah bersalin pada hujung Mei lalu.

Menerusi akaun Keek, pelakon "Anak Halal" itu menjelaskan Diana dijadualkan bersalin pada 15 Julai ini.

Dalam video berdurasi 36 saat itu, Farid menyatakan Diana sedang menjalani proses matang kandungan.

Diana sedang melanjutkan pengajian di Australia dan Farid tidak menyatakan bila dia akan berangkat ke sana.

Penafian itu juga sekaligus menepis tanggapan tentang bayi yang didukung Farid dalam sekeping gambar.

Gambar yang dimuat naik di Instagram itu sebenarnya menunjukkan Farid mendukung anak saudaranya.

Khabar angin bermula apabila sebuah akhbar melaporkan Diana bersalin di sebuah hospital di Sydney, Australia pada hujung Mei lalu.

Farid dan Diana bernikah pada 3 November tahun lepas.