awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tengku Muhammad Fauzi terajui Markas Angkatan Bersama, Zahani dilantik CEO MiDAS
Keputusan STAM 2025 sangat membanggakan - Fadhlina
Pengawal keselamatan menyamar anggota polis didenda RM6,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Farid Kamil nafi dakwaan Diana Danielle fail cerai sebab orang ketiga

Gempak
Gempak
31/10/2024
00:20 MYT
Farid Kamil nafi dakwaan Diana Danielle fail cerai sebab orang ketiga
Kata Farid, apa yang terjadi antara dia dan Diana Danielle tiada kena-mengena seperti dakwaan sesetengah pihak.
PELAKON dan pengarah Farid Kamil menyangkal perselisihan faham yang berlaku antara dia dan isteri, Diana Danielle, berpunca daripada orang ketiga.
Kata Farid, apa yang terjadi antara mereka tiada kena-mengena seperti dakwaan sesetengah pihak.
"Emm... saya tak minta sesen pun duit netizen. Apa yang jadi antara saya dan isteri bukan seperti yang disangkakan.
"Tiada kena mengena dengan pihak ketiga," ringkasnya kepada Gempak.
Ditanya sama ada Farid akan pulang ke rumah, pelakon tinggi lampai itu hanya tertawa kecil.
"Saya shotting sampai Subuh..berjemaah semua di sini," tambahnya.
Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9.
Sebelum ini, Diana dan Farid pernah berhadapan dengan krisis rumah tangga yang berpanjangan sebelum disahkan bercerai talak satu menerusi Google Meet pada 10 Ogos tahun lalu.
Bagaimanapun, kedua-dua mereka rujuk semula sebulan kemudian.
Diana dan Farid mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora yang berusia sembilan tahun. - Gempak
Topic Berkaitan
#Farid Kamil
#Diana Danielle
#fail cerai
#artis bercerai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan