INI bukan pengalaman pertamanya dalam program realiti hiburan.

Malah peserta Azzam Sham sebenarnya sudah menapak dalam industri sejak tahun 2009 lagi.

Sebagai seorang anak seni, sudah pasti pelbagai cabaran dan dugaan dihadapinya sama seperti penghibur yang lain.

Pernah merasa jatuh, kini Azzam bangkit untuk membuktikan kepada mereka yang pernah menafikan bakatnya bahawa dia layak bergelar juara.

"Pada pertandingan yang saya pernah sertai dahulu, ada kata-kata yang membuatkan saya rasa jatuh... mereka katakan bahawa saya tidak layak menang dalam pertandingan tersebut"

"Jadi dengan kemenangan pada malam ini, merupakan satu bukti untuk mereka sebenarnya saya boleh lakukannya," kata Azzam.

Pada masa sama, Azzam juga mencipta rekod apabila memenangi anugerah BBNU Paling Gempak sebanyak empat kali berturut-turut.

Baginya, kemenangan itu merupakan hadiah daripada peminat setianya.

Dia yang menyampaikan lagu "Grenade" dan "Aku Bidadari Syurgamu" mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokong kariernya sebagai penyanyi.

Azzam dinobatkan sebagai Juara Big Stage musim ketiga dan berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 berserta trofi.

BACA: Tepati ramalan, Azzam Sham juara Big Stage 2020