awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Filipina perketat peraturan penggunaan bukti media sosial
Proses pengundian pilihan raya umum di Republik Afrika Tengah bermula
Kira-kira 830 migran, pelarian tiba di Pulau Crete, ramai larikan diri dari Libya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Big Stage 2023: Bergelek atas pentas? Itu semua aksi spontan saya - Ajai

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
03/07/2023
08:36 MYT
Big Stage 2023: Bergelek atas pentas? Itu semua aksi spontan saya - Ajai
Ajai menyanyikan lagu Aku cinta, aku rindu bersama Elly Mazlien semasa minggu separuh akhir Big Stage 2023 pada Ahad. - Foto: Astro/Azrul Rafie.
SHAH ALAM: Jika daripada jauh melihat raut wajahnya, pasti ada yang akan kata juri tetap Big Stage, Ajai ini adalah orang yang serius dan tidak boleh berseda gurau.
Namun beberapa minggu ini, peminat program itu mula melihat sisi lain Ajai yang sangat spontan di atas pentas bersama dua hos popular iaitu Rina Nose dan Elly Mazlein ketika konsert itu dijalankan secara langsung.
Menurut Ajai, sebagai seorang anak seni, dia perlu pantas menyesuaikan diri dengan situasi mengejut selain mempunyai dua karakter yang berbeza.
“Saya ada dua karakter, satu sebagai penghibur, apabila saya dipanggil untuk menghiburkan orang jadi itu adalah saya.
“Satu lagi (watak) apabila bekerja untuk menjuri dan mengira markah, maka saya akan tukar karakter saya. Bukan kena paksa, tapi itu secara neutralnya memang saya.
“Tidak bolehlah kita nak bawa gaya juri dekat atas pentas, siapa yang nak tengok muka 'ketat'. Saya hanya menjadi seorang yang sporting,” katanya.
Pada masa sama, pelantun lagu Keliru itu juga menyatakan bahawa segala tindakan yang dilakukannya bukan untuk mencuri tumpuan sesiapa.
“Sebab saya sebagai seorang penghibur memang begitu. Bukan saya nak ambil limelight atau apa, semuanya berlaku secara natural,” tambahnya.
Mengulas mengenai aksi bergelek bersama Rina Nose, ahli kumpulan Exist itu juga berkata situasi berkenaan memang tidak dirancang sama sekali.
“Mengenai gelek itu pun tidak dirancang... saya tahu tarian itu pun sebab tengok mereka berdua selalu lakukannya di atas pentas.
“Malah saya pun tidak pernah terfikir dia nak menyanyi lagu itu. Semuanya memang secara spontan,” ulasnya.
Topic Berkaitan
#Ajai
#Big Stage 2023
#Rina Nose
#Lina Pom Pom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan