SIAPA cakap perjalanan Big Stage sudah tamat? Kehangatan Big Stage masih lagi terasa dan belum lagi berakhir.

Ha, tidak lama lagi anda bakal menyaksikan Big Stage Unplugged yang dikuasakan oleh Hotlink RED.

Big Stage Unplugged merupakan sebuah program santai terbaru bersama dua gabungan pengacara yang cukup terkenal iaitu, Radin dan Sherry Al Hadad beserta para peserta Big Stage kegemaran anda.

Menerusi saluran Gempak FB Live yang bakal bersiaran ini, anda bakal ditemani oleh para peserta Big Stage selama tiga episod.

Bagi episod pembukaan, Afieq Syazwan, Wani Kayrie dan Andi Bernadee bakal memeriahkan di Gempak FB Live program tersebut.

Seterusnya, episode kedua Big Stage Unplugged bakal diwarnai oleh Syafiq Farhain, Tajul dan Fara Hazel.

Bagi episod yang terakhir, penonton akan ditemani dengan kehebatan vokal Sarah Suhairi, Ariff Bahran dan Sissy Iman.

Sepanjang ketiga-tiga episod ini, anda akan disajikan dengan persembahan yang menarik serta telatah mereka yang tidak akan pernah membuatkan anda kering gusi apabila menontonnya.

Jangan lepaskan peluang untuk terus menyaksikan persembahan bintang muda kegemaran anda menerusi program terbaharu Big Stage Unplugged.

'Big Stage Unplugged, Dominasi Muzik Tanpa Had’ yang dikuasai oleh Hotlink RED, nikmati internet pantas percuma tanpa had untuk semua applikasi kegemaran anda.”

Rancangan yang dikuasakan oleh Hotlink RED ini akan disiarkan secara langsung mulai 13 Oktober ini, setiap Sabtu, jam 8.30 malam. Big Stage Unplugged ini boleh ditonton menerusi Gempak FB Live kami.