awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bimbang Jihan bersalin di pentas akhir GV 4, Ungku Hariz buat persiapan

Gempak
Gempak
16/12/2017
04:00 MYT
Bimbang Jihan bersalin di pentas akhir GV 4, Ungku Hariz buat persiapan
Jihan yang kini hamil 33 minggu, berkata dia dijangka bersalin menjelang Januari tetapi sudah ada tanda-tanda dia bakal menyambut kelahiran awal.
BIMBANG isterinya Jihan Muse bersalin pada hari final Gegar Vaganza (GV) 4, pelakon Ungku Hariz sudah bersedia dengan beberapa persiapan.
Ungku Hariz mengakui teruja dan dalam masa sama menggelabah menghadapi pengalaman pertamanya ini.
“Memandangkan ini pengalaman pertama, saya rasa teruja dan dalam masa yang sama sedikit menggelabah.
"Saudara-mara pun dah banyak nasihat supaya saya ambil langkah berjaga-jaga kerana lihat Jihan seperti bila-bila masa sahaja boleh bersalin.
"Sebab itu saya ikut dan menemani Jihan ke Johor. Saya juga sudah tengok di mana hospital terdekat di sana.
“Saya juga sudah bersiap sedia dengan kemungkinan Jihan bersalin di pentas akhir GV,” katanya.
Sementara itu, Jihan yang kini hamil 33 minggu, berkata dia dijangka bersalin menjelang Januari tetapi sudah ada tanda-tanda dia bakal menyambut kelahiran awal.
“Pada awalnya, doktor menjangkakan saya akan bersalin pada Februari namun diawalkan memandangkan saiz bayi dalam kandungan agak besar.
“Namun begitu, saya sentiasa bersiap sedia sekiranya ditakdirkan bersalin lebih awal daripada jangkaan.
"Kalau tengok perut saya pun, memang dah nampak ke bawah,” katanya.
Lima bintang GV4 yang bakal merebut gelaran juara adalah Aishah Liza Hanim, Hazami, Lan Solo, Tia Jinbara dan Firman Siagian.
Ia bakal bersiaran secara langsung dari Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Johor Bahru, Johor pada Ahad ini (17 Disember 2017), jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam.
Jika anda terlepas menonton konsert minggu pertama GV4 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV4 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my
Sementara itu, dapatkan tiket akhir GV4 secara online di www.ticketpro.com.my. Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Ticketpro Hotline di 03-7880 7999.
Topic Berkaitan
#Gegar Vaganza
#GV4
#Hospital
#Jihan Muse
#Johor Bahru
#konsert
#laman sosial
#Malaysia
#Ungku Hariz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan