Skip to main content

Hiburan

Bintang Kilauan Emas 5, Hassan Idris Meninggal Dunia

51613991010_hassanidris.jpg
KUALA LUMPUR: Bintang kelahiran program Kilauan Emas 5, Hassan Idris dilaporkan meninggal dunia.

Berita itu dikongsi menerusi satu hantaran terbaharu di akaun Instagram rasmi @mysalammuslim.

Menurut perkongsian itu, Allahyarham yang berasal dari Kuala Lumpur meninggal dunia di kediamannya pada usia 73 tahun.

โ€œInnallillahiwainnallillhirojiun. Salam takziah buat ahli keluarga Allahyarham Hassan Idris.

โ€œAllahyarham Hassan Idris meninggal dunia pada usia 73 tahun di kediamannya. Allahyarham adalah salah seorang peserta Kilauan Emas 5.



โ€œSemoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Amin. Al-Fatihah,โ€ maklum hantaran berkenaan.

Salam takziah diucapkan buat keluarga Allahyarham.

Must Watch Video