awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bintang K-Pop generasi pertama, BoA, disiasat atas tuduhan menyeludup dadah

Agensi
Agensi
18/12/2020
07:25 MYT
Bintang K-Pop generasi pertama, BoA, disiasat atas tuduhan menyeludup dadah
BoA dituduh membawa masuk dadah, antaranya zolpidem, secara haram. - Foto/Instagram
BINTANG K-pop generasi pertama, BoA, sedang disiasat pihak berkuasa Korea Selatan atas tuduhan penyeludupan dadah.
Agensi BoA, SM Entertainment mengesahkan perkara itu tetapi menafikan bahawa ia tindakan yang sengaja dilakukan.
Pejabat Pendakwa Daerah Pusat Seoul memanggil BoA untuk disoal siasat pada hari Rabu, menurut laporan media.
BoA dituduh membawa masuk dadah, antaranya zolpidem, secara haram.
BoA dilaporkan menyimpan banyak ubat psikotropik yang diberi atas arahan doktor, di bawah nama seorang pekerja di pejabat agensinya di Jepun dan berusaha membawanya masuk ke Korea dengan nama seorang pekerja di pejabat agensinya di Korea.
Kenyataan rasmi SM Entertainment mengenal pasti masalah itu berpunca dari "kurang arif tentang peraturan kastam berkaitan dadah" dan tidak berniat untuk menyeludup dadah secara haram.
SM Entertainment juga memaklumkan BoA disyorkan oleh doktornya untuk mengambil pil yang ditetapkan untuk membantunya tidur lebih nyenyak.
Pihak pendakwaan akan menyiasat sama ada kesalahan tersebut disengajakan, dan akan menentukan sama ada akan mendakwa pihak yang terlibat.
Topic Berkaitan
#BoA
#Korea Selatan
#Dadah
#Jepun
#kastam
#K-pop
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan