awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Musim peperiksaan bukan masa sesuai untuk perhimpunan - MPP UMT
FRIM anjur sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia, tekankan pemuliharaan dan kelestarian
Syarikat tempatan perlu tingkat pematuhan piawaian antarabangsa - Ewon
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Blackpink lancar filem konsert sempena ulang tahun

Bernama
Bernama
21/06/2024
08:15 MYT
Blackpink lancar filem konsert sempena ulang tahun
Filem bertajuk "Blackpink World Tour 'Born Pink' in Cinemas," akan ditayangkan di Korea Selatan dan lebih 100 negara lain pada 31 Julai. - Gambar/ FB BLACKPINK
SEOUL: Kumpulan K-pop wanita popular, Blackpink akan menyambut ulang tahun kelapan dengan menayangkan sebuah filem yang merakamkan jelajah dunia mereka yang mencatat rekod, kata agensi kumpulan itu pada Jumaat.
Filem bertajuk "Blackpink World Tour 'Born Pink' in Cinemas," akan ditayangkan di Korea Selatan dan lebih 100 negara lain pada 31 Julai, menawarkan peminat peluang untuk menghidupkan kembali persembahan mengagumkan kumpulan itu, kata YG Entertainment.
Tarikh tayangan filem berkenaan adalah kira-kira seminggu sebelum ulang tahun kelapan kumpulan itu pada 8 Ogos, lapor agensi berita Yonhap.
Filem konsert itu merangkumi inti pati jelajah "Born Pink" kumpulan K-pop berkenaan, yang merangkumi 34 bandar dan menarik 1.8 juta penonton dalam 66 persembahan dari 2022 hingga 2023. Jelajah ini telah diiktiraf sebagai yang terbesar pernah dilakukan oleh kumpulan K-pop wanita.
Ia bakal menjadi fenomena memandangkan ia adalah tayangan filem konsert pertama kumpulan K-pop wanita yang ditayangkan di lebih 110 negara termasuk Amerika Syarikat dan Britain.
Filem ini akan tersedia dalam pelbagai format, termasuk ScreenX, 4DX dan Ultra 4DX, menawarkan pengalaman menonton yang mengasyikkan, menurut agensi itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BLACKPINK
#filem konsert
#ulang tahun
#Born Pink
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan