awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Blackpink tampil dalam dokumentari 'Light Up The Sky' pada 14 Oktober

Isabelle Leong
Isabelle Leong
09/09/2020
04:09 MYT
Blackpink tampil dalam dokumentari 'Light Up The Sky' pada 14 Oktober
Menerusi laman Instagram rasmi mereka, Blackpink pada Rabu berkata akan melancarkan dokumentari yang berjudul Light Up The Sky pada 14 Oktober depan. - Instagram/@blackpinkofficial
SUSULAN kejayaan mengeluarkan lagu-lagu hit terbaharu yang memecah pelbagai rekod pada tahun ini, kumpulan sensasi Korea Selatan, Blackpink bakal melancarkan dokumentari.
Menerusi laman Instagram rasmi mereka, Blackpink pada Rabu berkata akan melancarkan dokumentari yang berjudul ‘Light Up The Sky’ pada 14 Oktober depan.
Dokumentari tersebut digambarkan sebagai ‘dokumentari yang memberikan akses kepada salah satu kumpulan yang paling terkenal di dunia.
Tidak terhenti di situ sahaja!
Gambar ahli kumpulan – Jisoo, Jennie, Rosé dan Lisa – juga akan tersedia sebagai ikon profil di platform penstriman berkenaan.
View this post on Instagram
BLACKPINK: Light Up the Sky and BLACKPINK profile icons launch globally on @Netflix October 14 . #BLACKPINK #블랙핑크 #Netflix #YG
A post shared by BLΛƆKPIИK (@blackpinkofficial) on
Sep 8, 2020 at 5:05pm PDT
Dokumentari berkenaan dilancarkan kurang daripada dua minggu selepas pelancaran album ‘The Album’ yang paling dinanti-nantikan BLINKs (nama fandom Blackpink) pada 2 Oktober depan.
Setakat ini, peminat sudah mendengar dua lagu daripada album tersebut iaitu ‘How You Like That’ dan lagu yang menampilkan penyanyi popular pop Selena Gomez iaitu ‘Ice Cream’.
Untuk rekod, Blackpink sudah mengeluarkan tiga lagu pada tahun ini, termasuk lagu ‘Sour Candy’ hasil kolaborasi bersama-sama Lady Gaga.
BACA: Ini 7 perkara yang anda perlu tahu mengenai obsesi baharu anda, Blackpink!
Selain itu, lagu hit ‘How You Like That’ juga memecah pelbagai rekod.
Video muzik (MV) kuartet memecah tiga Rekod Dunia Guinness dengan merekodkan 86.3 juta tontonan dalam masa 24 jam.
Topic Berkaitan
#BLACKPINK
#dokumentari
#Jennie
#Jisoo
#Korea Selatan
#Light Up The Sky
#Lisa
#ros
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan