KUALA LUMPUR: Boom Radio merupakan radio atas talian baharu atas hasil kerjasama strategik KRU Media Sdn. Bhd (KRU) dan Astro Radio menerusi aplikasi Syok.
Bermula hari ini, seluruh rakyat Malaysia berpeluang menikmati inovasi interaktif bagi pelbagai jenis serta kompilasi muzik dan saluran menyiarkan berita termasuk mengenai hiburan menarik dan terkini.
Aplikasi itu menyiarkan tiga jam kandungan baharu yang diulang-siar selama 24 jam sehari dengan rancangan istimewa pada hujung minggu untuk carta muzik Malaysia seperti Boom! Top 40 serta banyak lagi kandungan eksklusif yang lain.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Media Sdn Bhd, Datuk Norman Abdul Halim berkata antara lain pelancaran itu bagi menghidupkan semula jualan format fizikal seperti piring hitam dan cakera padat (CD), menggalakkan semula penontonan filem ke pawagam dan memperkasakan para pengiklan khususnya jenama yang mempunyai integrasi platform e-dagang.
"Ini sebenarnya satu sejarah bagi KRU, dimana kami berharap dengan adanya platform di aplikasi Syok akan berikan pengalaman baharu kepada mereka yang sudah membaca bahan berita kami melalui platform Boom Malaysia.
"Selain itu, kami berharap dengan adanya penyampai dengan gaya terkini dan juga yang tersendiri akan memberikan hiburan yang terbaik bagi mereka yang menggunakan aplikasi untuk mendengar radio secara dalam talian atau podcast.
"Inilah baharu penyiaran dan saya berharap dapat meluaskan lagi pengaruh Boom Malaysia ini bukan sahaja di Malaysia tetapi di pasaran serantau," katanya pada sesi sidang media selepas melancarkan majlis pelancaran itu di Dadi Cinema Pavilion Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Khamis.
Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio, Kenny Ong berkata salah satu usaha kerjasama ini adalah untuk memanfaatkan kekuatan sumber dalaman masing-masing dalam menawan peluang baharu sejajar dengan peningkatan permintaan bagi kandungan melalui radio atas talian dan podcast.
"Keunikkan Boom itu adalah pertama - mereka mrmpunyai nilai eksklusif tersendiri iaitu mereka mempunyai banyak wawancara eksklusif bersama artis-artis yang media lain tidak ada.
"Selain itu, cara perspektif juga berlainan kerana mereka sendiri adalah artis. Jadi kita merasakan ia adalah satu inisiatif yang bagus untuk mendapatkan mereka ke dalam ekosistem Syok. Mereka lebih tahu akan rentak industri hiburan ini.
"Sementara itu, apa yang lebih penting, mereka merupakan portal berita hiburan yang melaporkan berita-berita artis tempatan dan itulah tujuan utama kita untuk berkolaborasi untuk menyokong industri tanah air," katanya.
Antara barisan penyampaian Boom! Radio ialah empat muka baharu dalam industri tanah air iaitu Jimmy, Cema, Natalhia dan Lorde.
Untuk penstriman, muat turun aplikasi syok dan pautan Boom! Radio atau layari www.boom-malaysia.com.
Eton Khir
Thu Mar 31 2022
Boom Radio merupakan radio atas talian baharu atas hasil kerjasama strategik KRU Media Sdn. Bhd (KRU) dan Astro Radio menerusi aplikasi Syok.
Enam rakyat Malaysia termasuk penyanyi wanita positif dadah
Enam rakyat Malaysia termasuk seorang penyanyi wanita dari Kelantan yang ditahan polis Thailand semalam bersama 6,000 biji pil kuda didapati positif dadah jenis methamphetamine.
Polis tahan lima penyokong NSFC, JDT
Polis menahan lima lelaki yang disyaki terlibat dalam insiden kekecohan antara penyokong Negeri Sembilan FC (NSFC) dan Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas perlawanan Liga Super membabitkan kedua-dua pasukan, Jumaat lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban Superintenden Mohd Rosli Ishak berkata tiga suspek berusia lingkungan 17 hingga 21 tahun ditahan ketika kejadian di depan sebuah hotel berdekatan Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi manakala dua lagi, yang berusia 18 dan 20 tahun, ditahan pada Sabtu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban Superintenden Mohd Rosli Ishak berkata tiga suspek berusia lingkungan 17 hingga 21 tahun ditahan ketika kejadian di depan sebuah hotel berdekatan Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi manakala dua lagi, yang berusia 18 dan 20 tahun, ditahan pada Sabtu.
Thailand hantar surat bantahan ke Israel
Kerajaan Thailand menghantar surat bantahan rasmi kepada Israel, meminta agar warganya yang bekerja di sana tidak lagi dihantar ke kawasan berisiko tinggi.
Menurut media tempatan, tindakan itu dilakukan selepas serangan roket baru-baru berhampiran bandar Metula di sempadan Lubnan Israel yang meragut nyawa empat pekerja Thailand dan mencederakan seorang lagi.
Menurut media tempatan, tindakan itu dilakukan selepas serangan roket baru-baru berhampiran bandar Metula di sempadan Lubnan Israel yang meragut nyawa empat pekerja Thailand dan mencederakan seorang lagi.
Israel siasat kebocoran dokumen rahsia Gaza
Pihak berkuasa Israel kini menyiasat kebocoran dokumen rahsia berkaitan Gaza yang disyaki melibatkan seorang pembantu kepada Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.
Kes ini mencetuskan kejutan dalam politik Israel dan kemarahan keluarga tebusan yang ditahan Hamas, yang sejak sekian lama mendesak pembebasan orang tersayang.
Kes ini mencetuskan kejutan dalam politik Israel dan kemarahan keluarga tebusan yang ditahan Hamas, yang sejak sekian lama mendesak pembebasan orang tersayang.
Raja Sepanyol dicemuh, dilempar lumpur dan telur oleh mangsa banjir
Penduduk tuduh Raja Felipe VI telah membunuh 200 orang dan persoal kenapa baginda hanya turun padang selepas empat hari banjir buruk berlaku.
Serangan udara Israel bunuh 31 penduduk Gaza
Serangan udara Israel pada Ahad telah mengorbankan sekurang-kurangnya 31 orang di Gaza, menurut petugas perubatan Palestin.
Hampir separuh daripada korban berlaku di kawasan utara, di mana Israel melancarkan kempen sebulan yang dikatakan bertujuan melemahkan Hamas.
Hampir separuh daripada korban berlaku di kawasan utara, di mana Israel melancarkan kempen sebulan yang dikatakan bertujuan melemahkan Hamas.
Kemi Badenoch pemimpin baharu parti Tory
Kemi Badenoch berjanji untuk memenangi semula pengundi yang menolak Konservatif selepas memperoleh kemenangan bersejarah dalam undian pemilihan kepimpinan baharu parti Tory.
Sami Hindu di India nyata sokongan, doa Trump menang
Sekumpulan sami Hindu di New Delhi mengadakan upacara yang dipenuhi ritual keagamaan untuk calon republikan Donald Trump, pada Ahad dengan harapan beliau akan berjaya dan menang pada pilihan raya pada Selasa.
Menurut salah seorang sami, Swami Vedmurstinand Saraswati, Trump berupaya membawa keamanan kepada dunia.
Menurut salah seorang sami, Swami Vedmurstinand Saraswati, Trump berupaya membawa keamanan kepada dunia.
Lebih 75 juta rakyat Amerika Syarikat mula memilih presiden baharu
Lebih 75 juta rakyat Amerika sudah mengundi awal dalam pilihan raya presiden AS, menurut data yang dikeluarkan lewat Sabtu.
PM Anwar harap pembangunan Kampung Chengal Lempong bawa manfaat kepada masyarakat
Anwar harap segala perancangan pembangunan bagi Kampung Chengal Lempong di Kuantan, Pahang melalui peruntukan yang diluluskan akan membawa perubahan positif.
MotoGP: Bagnaia pecahkan rekod sepusingan SIC, duduki petak pertama
Juara Dunia Francesco Bagnaia yang sekali lagi mencatatkan rekod baharu sepusingan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di Sepang.
Hubungan persahabatan Malaysia-China makin matang, kukuh
Hubungan diplomatik Malaysia dan China kini berada pada tahap matang sehingga mampu menghadapi sebarang isu dan cabaran yang mungkin timbul antara dua negara.
‘Saya paling tak toleransi orang tanam kebencian kaum’ - PM
Saya paling tak toleransi dengan orang tanam kebencian kaum - PM
Syarikat Sweden sokong peralihan hijau Malaysia dengan pelaburan mampan - Duta
Peralihan dasar Malaysia ke arah ekonomi hijau dijangka menarik lebih banyak pelabur asing terutamanya firma Sweden yang mempunyai kepakaran dalam tenaga boleh baharu.
Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 seliter dan RM2.05 seliter bagi tempoh 31 Okt hingga 6 Nov ini.
Malaysia kutip RM500 juta duti antilambakan bagi tempoh 2016 hingga 2024
Malaysia mencatat kutipan duti antilambakan bernilai kira-kira RM500 juta bagi tempoh 2016 hingga Jun 2024 dalam usaha mengurangkan kesan import tidak adil.
Malaysia tak henti hantar anggota, MALBATT 850-12 ke Lubnan 6 November
Penghantaran dan penugasan Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) di selatan Lubnan bagi misi pengaman akan diteruskan.
Anwar ajak semua rakyat Malaysia raikan Deepavali dengan meriah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama untuk sama-sama meraikan perayaan Deepavali dengan meriah dan kegembiraan di seluruh negara.
TMB100 2024: Baling cemerlang sebagai destinasi ekopelancongan antarabangsa
Acara The Magnificent Baling 100 (TMB100) 2024 melabuhkan tirainya dengan gemilang, sekali lagi mengukuhkan Baling sebagai destinasi ekopelancongan unggul di Malaysia.
Turkiye sedia perkukuh hubungan dengan ASEAN di bawah kepengerusian Malaysia - Duta
Sempena sambutan Hari Kebangsaan Republik Turkiye ke-101 pada Selasa (29 Oktober), negara itu menzahirkan komitmen untuk memperkukuh hubungan dengan ASEAN di bawah kepimpinan Malaysia pada 2025.