awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JDT sambar khidmat bekas pemain sayap B-20 Brazil
Permit bazar Ramadan: PM gesa PBT henti guna orang tengah
9 maut, lebih 200 dirawat akibat air tercemar di India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BTS kembali dengan album baharu 20 Mac ini selepas berehat hampir empat tahun

Astro Awani
Astro Awani
02/01/2026
07:57 MYT
BTS kembali dengan album baharu 20 Mac ini selepas berehat hampir empat tahun
BTS mengumumkan pelancaran album baharu pada 20 Mac 2026 selepas hampir empat tahun berehat dari aktiviti berkumpulan. -Gambar fail/Gempak
KUMPULAN sensasi K-pop, BTS, mengumumkan pelancaran album baharu mereka pada 20 Mac 2026, menandakan kemunculan semula rasmi selepas berehat hampir empat tahun daripada aktiviti berkumpulan.

Ringkasan AI
  • BTS mengumumkan pelancaran album baharu pada 20 Mac 2026 selepas hampir empat tahun berehat dari aktiviti berkumpulan.
  • Album ini merupakan projek pertama melibatkan tujuh anggota BTS selepas menamatkan khidmat ketenteraan wajib pada 2025.
  • Pengumuman tarikh pelancaran dibuat secara peribadi kepada peminat setia ARMY melalui surat bertulis tangan sebagai tanda penghargaan.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Menurut kenyataan BigHit Music, album ini ialah projek pertama melibatkan tujuh anggota BTS sejak mereka menamatkan khidmat ketenteraan wajib masing-masing pada 2025.
Album terakhir BTS sebagai kumpulan penuh ialah Proof, sebuah antologi yang dilancarkan pada Jun 2022.
Sejak itu, ahli-ahli BTS memberi tumpuan kepada projek solo dan memenuhi tanggungjawab ketenteraan, dengan Suga menjadi anggota terakhir tamat perkhidmatan pada Jun 2025.
Menariknya, pengumuman tarikh pelancaran dibuat secara peribadi kepada peminat setia mereka, ARMY, melalui surat bertulis tangan yang dihantar kepada ahli komuniti Weverse aktif sejak tiga tahun lalu.
Surat tersebut memaparkan tarikh “2026.03.20” sebagai tanda penghargaan atas kesetiaan peminat.
BigHit turut mengesahkan pelancaran album ini akan disusuli dengan jelajah dunia besar-besaran, namun butiran lokasi dan jadual konsert masih belum diumumkan.
Kemunculan semula ini dijangka menjadi detik penting dalam industri muzik global, memandangkan BTS sebelum ini mencipta sejarah sebagai kumpulan Asia pertama menduduki carta Billboard Hot 100 dan menerima pencalonan Grammy.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Bilakah BTS mengumumkan pelancaran album baharu mereka? A: BTS mengumumkan pelancaran album baharu mereka pada 20 Mac 2026.
  • Q: Apa yang membuat album ini istimewa bagi BTS? A: Album ini ialah projek pertama melibatkan tujuh anggota BTS sejak mereka menamatkan khidmat ketenteraan wajib masing-masing pada 2025.
  • Q: Apa yang menjadi fokus ahli BTS sebelum pelancaran album ini? A: Sebelum pelancaran album ini, ahli-ahli BTS memberi tumpuan kepada projek solo dan memenuhi tanggungjawab ketenteraan.
  • Q: Bagaimana BTS mengumumkan tarikh pelancaran album kepada peminat setia mereka? A: BTS mengumumkan tarikh pelancaran album kepada peminat setia mereka melalui surat bertulis tangan yang dihantar kepada ahli komuniti Weverse aktif sejak tiga tahun lalu.
  • Q: Apakah yang dijangka berlaku selepas pelancaran album ini? A: Pelancaran album ini dijangka disusuli dengan jelajah dunia besar-besaran, walaupun butiran lokasi dan jadual konsert masih belum diumumkan.

Topic Berkaitan
#BTS
#album baharu
#khidmat ketenteraan wajib
#Bighit Music
#jelajah dunia BTS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan