awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 100 terkorban dalam serangan kumpulan bersenjata di tengah Nigeria - Sumber
Sri Lanka perkukuh hubungan dengan Malaysia, seru diaspora bantu ekonomi
Satu kluster tibi dikesan di Kota Tinggi, 804 disaring, 33 positif - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Bukan Ismail Izzani' - Wanita dakwa hamil anak artis mohon maaf, padam video

Gempak
Gempak
08/06/2023
05:00 MYT
'Bukan Ismail Izzani' - Wanita dakwa hamil anak artis mohon maaf, padam video
Bagaimanapun sebelum memadamkan video tersebut, pemilik akaun dengan nama HatiBushuk itu membuat penafian bahawa artis lelaki dimaksudkan itu bukanlah Ismail Izzani (foto) seperti yang diteka netizen. -Gempak
WANITA yang mendakwa hamil anak kepada seorang selebriti lelaki bertindak memadamkan video di akaun TikTok miliknya.
Bagaimanapun sebelum memadamkan video tersebut, pemilik akaun dengan nama HatiBushuk itu membuat penafian bahawa artis lelaki dimaksudkan itu bukanlah Ismail Izzani seperti yang diteka netizen.
Pemilik akaun itu menjawab tanda tanya netizen menerusi ruangan komen selepas ada yang memberikan bayangan dengan meletakkan nama Nobita.
Nobita sebelum ini sinonim dengan Ismail selepas netizen menyamakan dirinya dengan karakter animasi popular tersebut kerana wataknya dalam sebuah drama.
“Bukan Ismail Izzani,” tulisnya ringkas.
Bagaimanapun selepas memadamkan video yang merakamkan tangkapan skrin (screenshot) perbualan WhatsApp dengan ibu dan artis itu, wanita berkenaan memaklumkan akan memadamkan akaun tersebut.
“Maaf kepada semua yang mengikuti akaun ini dari mula.
“Saya akan memadamkan akaun ini kerana ia sebenarnya tidak benar. Wassalam,” maklumnya.
Lebih aneh lagi, ruangan komen posting berkenaan juga turut ditutup.
Terdahulu, seorang wanita mendakwa dia telah hamil selepas menjalin hubungan dengan seorang penyanyi dan pelakon lelaki popular tanah air.
Wanita terbabit tanpa mendedahkan nama artis itu menerusi TikTok turut mendakwa, dia dibiarkan 'terkontang-kanting' oleh artis terbabit.
Disebabkan itu juga, netizen mula memetik nama Ismail Izzani kerana pernah terpalit dengan beberapa kontroversi antaranya foto tular mencium seorang wanita di sebuah pusat hiburan. -Gempak
Topic Berkaitan
#Ismail Izzani
#wanita dakwa hamil
#Nobita
#HatiBushuk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan