awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bunga Citra Lestari dilapor bakal nikah 2 Disember ini di Bali

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
26/11/2023
04:44 MYT
Bunga Citra Lestari dilapor bakal nikah 2 Disember ini di Bali
BCL dikatakan akan menikah dengan lelaki yang pernah dikaitkan sebagai kekasihnya, Tiko Pradipta Artawardhana. -Astro Gempak
PENYANYI popular Indonesia, Bunga Citra Lestari atau BLC, dikhabarkan bakal mengahwini seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Tiko Pradipta Aryawardhana pada 2 Disember ini.
Portal media Indonesia menyebut majlis pernikahan pasangan itu akan dilangsungkan di sebuah hotel di Bali.
Khabar itu mula menjadi buah mulut selepas salah seorang kakitangan Pejabat Urusan Agama Pasar Minggu Jakarta Selatan, Emma Fatmayani memaklumkan kedua-duanya sudah pun melengkapkan urusan dokumentasi bagi tujuan perkahwinan itu.
“Permohonan nikah sudah dihantar, tetapi soal tarikh, kami tidak tahu,” katanya seperti dipetik media Indonesia.
Awal tahun ini, industri hiburan kecoh memperkatakan hubungan cinta baharu BCL dengan Tiko selepas bapa tunggal kepada tiga orang anak itu muncul di majlis ulang tahun kelahiran ke-40 BCL.
Bahkan, Tiko juga dikhabarkan sering menemani BCL ke pelbagai acara lain.
Setakat ini, BCL belum membuat sebarang pengesahan tentang berita itu.
Kehidupan peribadi BCL mendapat perhatian meluas media tempatan selepas dia kehilangan suaminya, Allahyarham Ashraf Sinclair yang juga seorang artis popular dari Malaysia pada 18 Februari 2020.
Ashraf menghembuskan nafas terakhir pada usia 41 tahun akibat serangan jantung.
BCL dan Ashraf mendirikan rumah tangga pada 8 November 2008 di Jakarta dan dikurniakan seorang cahaya mata, Noah.
Topic Berkaitan
#Bunga Citra Lestari
#BCL nikah
#Tiko Pradipta Artawardhana
#Bali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan