awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bangladesh minta bantuan PBB siasat pembunuhan pemimpin kebangkitan anak muda, Sharif Osman Hadi
Ketua Perbendaharaan AS puji ‘kemenangan besar’ PM Jepun, Sanae Takaichi
Epstein didakwa cuba dekati Putin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Caj lokasi penggambaran di Putrajaya naik, persatuan mohon penjelasan

Gempak
Gempak
23/12/2017
09:37 MYT
Caj lokasi penggambaran di Putrajaya naik, persatuan mohon penjelasan
Jurey Latif berkata peningkatan caj tersebut akan memberi kesan kepada kos penerbitan yang semakin tinggi.
PERSATUAN Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) memohon penjelasan pihak Perbadanan Putrajaya mengenai keputusan kenaikan kadar caj bagi penggunaan lokasi penggambaran di kawasan itu.
Menurut presiden PTVM, Datuk Jurey Latif Rosli, berkata peningkatan caj tersebut akan memberi kesan kepada kos penerbitan yang semakin tinggi.
"Pihak Persatuan Penerbit Televisyen mahukan penjelasan di atas keputusan Perbadanan Putrajaya menaikkan kadar caj bagi penggunaan lokasi penggambaran di Putrajaya berkuat kuasa 1 Jan 2018.
"Peningkatan caj ini terpaksa ditanggung syarikat penerbitan dan ianya sudah tentu meningkatkan kos penerbitan.
"Putrajaya adalah lokasi yang menarik bagi memaparkan imej negara sudah tentu menjadi tumpuan syarikat penerbitan.
"Pihak persatuan berharap Perbadanan Putrajaya dapat menangguhkan serta mengadakan berbincang dengan Persatuan Penerbit Televisyen bagi mencari kaedah penetapan caj dengan mengambil kira harga pembelian program TV masih rendah dan kos semakin meningkat," katanya.
Menerusi kenyataan di laman rasmi Facebook Perbadanan Putrajaya pada Khamis, kadar baharu bagi permohonan penggambaran di kawasan platinum dikenakan RM5,000 sehari.
Manakala lain-lain kawasan sebanyak RM2,000 sehari dan deposit pada kadar rata sebanyak RM5,000 bagi setiap permohonan.
Topic Berkaitan
#Jurey Latif Rosli
#kos penerbitan
#Perbadanan Putrajaya
#Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia
#program TV
#PTVM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan