MODEL dan pelakon, Carmen Soo selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada Jumaat lalu.

Berita gembira itu diumumkan menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya semalam.

Menerusi perkongsian itu Carmen memuat naik fotonya bersama suami dan bayi yang baru sahaja dilahirkan ketika berada di dewan bersalin.

Carmen memberitahu menerusi kapsyennya dia dan suami amat bersyukur dan bangga dengan kehadiran bayi sulung mereka yang digelar ‘Baby Bea’.

Pasangan itu amat teruja untuk memulakan hidup baharu bersama bayi mereka.

We are so proud and thankful to welcome Baby Béa into our lives on Friday. Mommy and baby are doing well