awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cerai bukan halangan untuk Hrithik Roshan keluar dengan bekas isteri

Gempak
Gempak
07/05/2018
10:14 MYT
Cerai bukan halangan untuk Hrithik Roshan keluar dengan bekas isteri
Menerusi foto tersebar di media sosial, rata-rata peminat memuji sikap Hrithik yang masih lagi berhubung baik dengan bekas isterinya walaupun sudah berpisah.
WALAUPUN sudah bercerai, pelakon Bollywood popular, Hrithik Roshan telah keluar bersama bekas isterinya, Sussanne Khan untuk menonton wayang di Mumbai India baru-baru ini.
Menurut laporan The Times of India, tujuan utama perjumpaan mereka ini adalah untuk meluangkan masa bersama anak-anak mereka.
"Mereka telah keluar bersama anak-anak untuk menonton wayang dan meluangkan masa bersama-sama.
"Hubungan mereka dilihat sangat mesra dan kedua-dua mereka sangat bahagia ketika keluar bersama anak-anak," kata laporan itu memetik sumber.
Menerusi foto tersebar di media sosial, rata-rata peminat memuji sikap Hrithik yang masih lagi berhubung baik dengan bekas isterinya walaupun sudah berpisah.
Malah foto yang tersebar itu menunjukkan hubungan mereka sangat mesra.
Hrithik berkahwin dengan Susanne pada Oktober 2000. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki, Hrehaan Roshan dan Hridhaan Roshan.
Mereka mengambil keputusan untuk berpisah pada Disember 2013.
Hrithik antara satu-satunya pelakon popular Bollywood yang bercerai berbanding dengan pelakon lain yang masih bersama dengan pasangan masing-masing seperti Shah Rukh Khan, Kajol dan Aishwarya Rai.
Susunan oleh: Rozaimi Zubaidi Foto dan sumber: The Times of India
Topic Berkaitan
#Bollywood
#cerai
#Hrehaan Roshan
#Hridhaan Roshan
#Hrithik Roshan
#Sussanne Khan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan