awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: '7 Nasihat' Siti Nurhaliza kepada peminat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
18/03/2020
05:50 MYT
COVID-19: '7 Nasihat' Siti Nurhaliza kepada peminat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan
Selain itu, ia turut menasihati agar orang ramai tidak membuat pembelian panik, selain melakukan aktiviti sihat seperti bersenam. - Gambar Instagram /@CTDK
PENULARAN pandemik COVID-19 yang kini memasuki gelombang kedua, dan merekodkan lebih 190,000 kes positif di seluruh dunia setakat ini memerlukan kerjasama semua pihak bagi memastikan wabak tersebut dapat dikekang.
Pelbagai usaha terlah dilakukan di peringkat antarabangsa dan Malaysia sendiri, termasuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat-kuasa hari ini.
BACA: Wisma Putra akan bantu rakyat Malaysia terkandas di India - Hishammuddin
BACA: Perintah Kawalan Pergerakan: Soalan yang sering ditanya dalam sektor peruncitan
Di sebalik kebimbangan jangkitan tersebut, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza nampaknya menggunakan kaedah bersahaja dalam mendidik masyarakat sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
View this post on Instagram
#7Nasihat sewaktu kita menjalani Perintah Kawalan Pergerakan. Kita boleh!!!!
Pelantun lagu Anta Permana itu menggunakan tajuk single terbaharu beliau '7 Nasihat' – sebagai memberikan panduan kepada pengikut di laman sosialnya.
Berlatarkan gambar beliau dan rapper Kmy Kmo dan Luca Sikt, '7 Nasihat' tersebut termasuk menyarankan orang ramai supaya berada di rumah dan menjauhkan diri daripada berinteraksi secara sosial.
Selain itu, ia turut menasihati agar orang ramai tidak membuat pembelian panik, selain melakukan aktiviti sihat seperti bersenam.
Kemaskini tersebut setakat ini mendapat lebih 15,000 ‘likes’,
Single 7 Nasihat adalah terbitan Siti Nurhaliza Productions dengan kerjasama Universal Music Malaysia, dan boleh didapati di semua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula Februari lalu.
Semoga ‘7 Nasihat’ yang diberikan penyanyi kesayangan ramai ini dapat membantu orang ramai untuk terus kekal berada di rumah dalam memastikan usaha mengekang pandemik COVID-19 dapat dilakukan dengan berkesan!
Topic Berkaitan
#7 Nasihat
#Anta Permana
#Apple
#COVID-19
#HAPUSCOVID19
#kesihatan
#koronavirus
#Malaysia
#pandemik
#Siti Nurhaliza
#Universal Music Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan