awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Juara Hoki Remaja MADANI berpeluang 'berguru' di Pakistan
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Model Naomi Campbell berpakaian hazmat ke lapangan terbang

Najmi Syahiran Mamat
Najmi Syahiran Mamat
12/03/2020
10:46 MYT
COVID-19: Model Naomi Campbell berpakaian hazmat ke lapangan terbang
Rata-rata netizen memuji langkah pencegahan diambil oleh model itu ketika mengembara menggunakan pesawat. - Foti Instagran Naomi Campbell
KETIKA Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sudahpun mengkategorikan situasi penularan COVID-19 sebagai pandemik, ini pula langkah optimum diambil oleh model antarabangsa terkenal, Naomi Campbell yang mungkin boleh dicontohi.
Memperagakan sepasang sut perlindungan anti virus berwarna putih yang dipanggil ‘Hazmat’, Naomi tidak segan untuk memakainya ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles.
“Safety first next level (utamakan keselamatan),” tulis model berusia 49 tahun itu di status akaun Instagram rasminya.
View this post on Instagram
Safety First NEXT LEVEL. Thank you @lindaevangelista Full video coming on my YouTube soon…
A post shared by Naomi Campbell (@naomi) on
Mar 10, 2020 at 6:07pm PDT
Menerusi gambar yang dimuat naik pada Rabu, Naomi dilihat memakai sepasang sut perlindungan badan lengkap beserta topeng muka, sepasang sarung tangan getah dan kaca mata.
Rata-rata netizen memuji langkah pencegahan diambil oleh model itu ketika mengembara menggunakan pesawat.
Namun, tidak kurang juga yang menganggap tindakannya itu seakan-akan berniat untuk berjenaka dengan situasi getir melanda dunia ketika ini.
“Saya suka kamu, tetapi kamu seakan-akan mempermainkan sesuatu daripada situasi ini. Semakin ramai yang meninggal dunia dan berusaha sedaya-upaya (menentang virus)... dan kamu sebagai seorang dermawan tidak sepatutnya mengambil mudah,” tulis pemilik akaun @mateusfreire di ruangan komen.
Naomi, bagaimanapun, menjelaskan bahawa dia tidak berniat untuk memandang ringan situasi itu. Baginya, itu merupakan caranya untuk berasa selamat ketika berada di lapangan terbang.
“Kamu akan nampak beberapa orang kakitangan lapangan terbang dari seluruh dunia turut sama mengenakan pakaian sebegini,” jelas Naomi.
Tindakan Naomi mungkin dilihat lucu, namun keyakinannya untuk mengenakan sut lengkap itu hanyalah atas dasar untuk mencegah dari jangkitan wabak COVID-19 yang kini turut menjejaskan beberapa negara termasuk United Kingdom.
Untuk rekod, United Kingdom kini mencatatkan enam kes kematian susulan penularan COVID-19.
Topic Berkaitan
#coronavirus
#COVID19
#model
#modelling
#Naomi Campbell
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan