awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Penjarakan sosial tanpa batas buat selebriti dunia

Najmi Syahiran Mamat
Najmi Syahiran Mamat
19/03/2020
05:42 MYT
COVID-19: Penjarakan sosial tanpa batas buat selebriti dunia
Chris Martin turut menyahut cabaran kempen itu dengan menghiburkan peminatnya di akaun Instagram. - Gambar Instagram @ColdPlay
PANDEMIK COVID-19 yang melanda dunia tentunya turut memberi kesan kepada kegiatan industri hiburan.
Buktinya, puluhan konsert jelajah dunia oleh artis tempatan mahupun luar negara terpaksa ditangguh lantaran memilih untuk mengurangkan interaksi kerana bimbang dijangkiti.
Sehubungan itu, mereka juga tidak berpeluang bertemu peminat secara dekat dan beraksi di atas pentas.
Keadaan itu, bagaimanapun, tidak menghalang penggiat seni terutamanya penyanyi untuk menghiburkan peminat yang turut menjalani kuarantin di rumah menerusi alam maya dengan persembahan mini di rumah masing-masing.
Antara barisan artis yang mempersembahkan lagu-lagu popular mereka secara ‘live’ di entri laman sosial di Instagram ialah John Legend, Chris Martin (ColdPlay), Charlie Puth dan Ashley Tisdale.
Dengan hanya bersiaran secara langsung (live stream) di sosial media, penyanyi terkenal, John Legend, tidak ketinggalan menyahut saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk kekal berada di rumah, #TogetherAtHome.
View this post on Instagram
Social distancing is important, but that doesn't mean it has to be boring. I did a little at-home performance to help lift your spirits. @Miguel, @CharliePuth - you want next? Learn more about how you can take action to help slow the spread of coronavirus with our partners at @WHO and @GlblCtzn globalcitizen.org/coronavirus #TogetherAtHome
A post shared by John Legend (@johnlegend) on
Mar 17, 2020 at 9:48pm PDT
Menerusi rakaman 'live stream', penyanyi yang dikenali dengan lagu All of Me itu, berkata penjarakan sosial sememangnya penting, namun ia bukanlah sesuatu aktiviti yang membosankan.
Sementara itu, turut menjadi tumpuan apabila penyanyi vokal dari kumpulan muzik ColdPlay, Chris Martin, juga menyahut cabaran kempen itu dengan menghiburkan peminatnya di akaun Instagramnya.
“Saya sepatutnya sekarang ini bersama-sama ahli kumpulan muzik saya, namun kami datang dari negara yang berbeza. Jadi, saya di rumah mengambil inisiatif untuk berjumpa dengan anda semua di sini dan tengok apa yang saya boleh buat untuk hiburkan anda,” kata Chris sebelum menyanyikan lagu popularnya, Yellow.
View this post on Instagram
Chris played a mini gig at home earlier today on IG Live. @glblctzn @WHO @JohnLegend #TogetherAtHome
A post shared by Coldplay
Topic Berkaitan
#ashley tisdale
#Chris Martin
#Coldplay
#coronavirus
#COVID19
#high school musical
#Instagram
#john legend
#KekalTenang
#pandemik
#selfquarantine
#WHO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan