PENGACARA dan pelakon siri televisyen Liar, Naz Rahman mendedahkan dirinya kehilangan lebih 14 kilogram berat badan selepas menjalani pembedahan membuang tumor dalam perut jenis gastrointestinal stromal tumor (GIST).
Pembedahan yang telah dilakukan sejak lebih empat tahun lalu itu mengurangkan 15 peratus saiz perutnya sekali gus menyusutkan jisim badannya terutama di bulan Ramadan.
"Saya pernah ada tumor di dalam perut, dah lebih empat tahun keadaan begitu juga. Ramai yang tanya kenapa saya kurus, 'kau ni hisap dadah ker?'. Tapi dari dulu sampai sekarang sebab perut saya dah kurang 15 peratus.
"Apabila bulan puasa berat badan saya akan menjadi semakin susut sampaikan produksi pun banyak tanya adakah saya sakit? Ya memang betul saya sakit, tapi insya-Allah masih boleh bekerja.
"Alhamdulillah, tumor itu dah berjaya dikeluarkan dan saya perlu menjalani check up setiap tahun. Setiap tahun apabila doktor dimaklumkan keadaan saya bebas dari tumor, saya bersyukur dapat kembali bekerja," katanya kepada Gempak.
Naz yang ditemui pada majlis berbuka puasa dan pelancaran Rahsia Gaya Raya Watson di Ampang, Kuala Lumpur kelihatan semakin cengkung dan berbeza berat badan berbanding sebelum ini.
Bukti ketara kata Naz, 44, apabila baju yang dipakai pada majlis sama yang pernah disarung ketika akad nikah 15 tahun lalu kini sudah longgar.
"Jujur saya katakan saya hilang 14 kilogram. ini pakaian yang dipakai waktu berkahwin, Cukup fit badan. Tapi sekarang bahu dah jatuh. Semua dah susut dan saya tidak boleh tambah berat badan.
"Jadi saya nak ambil kesempatan ini bagi peminat yang bertanya kenapa kurus. Maaf saya tidak suka uar-uarkan penyakit ini akan berpanjangan dan saya akan macam ini sampai bila-bila tetapi tetap ceria.
"Saya boleh makan macam biasa. Bila buka makan sikit sahaja," tambahnya.
Masih ceria seperti sedia kala, Naz berkata dia perlu kuat untuk isteri Sheahnee Iman Lee dan tiga cahaya matanya, Zara Aaliyah, Zakry Aiman, Zayd Aakil.
"Ini merupakan pembedahan saya yang kesepuluh. Macam-macam dugaan dalam hidup ini, apa yang jadi ujian dari Allah, tetapi macam mana reaksi kita kepada ujian itu yang penting. Saya ada pilihan nak sedih, down, depress..., memang patut tetapi demi isteri dan anak-anak saya tak mahu.
"Saya masih boleh bekerja, saya masih ada nyawa, boleh merasa nikmat kehidupan dan saya masih hendak melihat anak-anak membesar. Jadi saya ambil keputusan untuk positif!" tutup kata Naz. -- Gempak
Gempak
Thu Apr 06 2023
Pembedahan yang telah dilakukan sejak lebih empat tahun lalu itu mengurangkan 15 peratus saiz perut Nazz sekali gus menyusutkan jisim badannya terutama di bulan Ramadan. - Gempak
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
"Dah 10 kali bedah" - Naz Rahman susut 14 kilogram, hidap tumor dalam perut
Naz Rahman mendedahkan dirinya kehilangan lebih 14 kilogram berat badan selepas menjalani pembedahan membuang tumor dalam perut jenis gastrointestinal stromal tumor (GIST).