awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Da’i Syed dan Hana Ismail timang cahaya mata pertama

Gempak
Gempak
16/08/2024
07:15 MYT
Da’i Syed dan Hana Ismail timang cahaya mata pertama
Da’i Syed memuat naik foto anak sulung mereka namun wajahnya dikaburi. - Gempak
ISTERI kepada pendakwah bebas dan selebriti Da’i Syed iaitu pengacara Hana Ismail telah selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka pada Rabu.
Nama Anak
Menerusi perkongsian di TikTok, Da’i Syed melahirkan rasa syukur dengan kelahiran puteri sulung mereka yang diberi nama Sharifah Fatma Nour Jamalullail.
“Alhamdulillah, we are finally a family of 3 (kami akhirnya bertiga). Perkenalkan, Sharifah Fatma Nour Jamalullail, lahir pada 14 Ogos 2024 bersamaan 9 Safar 1446H,” kongsinya.
Pada perkongsian yang sama, Da’i Syed juga memohon semua orang mendoakan keluarga kecil mereka yang kini bertambah ahli baharu.
Mohon Doa
“Mohon doakan keluarga kecil kami,” tambah Da’i Syed lagi yang turut memuat naik foto anak sulung mereka namun wajahnya dikaburi.
Ucapan Tahniah
Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut dan ada juga antara mereka yang terkejut dengan berita kelahiran itu memandangkan Hana kurang berkongsi mengenai kehamilannya sebelum ini.
“Tak tahu bila Hana hamil, tiba-tiba dah bersalin. Masha-Allah bagus rahsiakan kehamilan takut terkena penyakit ain. Tahniah Hana, selamat berpantang.
“Tahniah Hana dan Dai Syed. Semoga family kalian sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah... untuk Hana, selamat berpantang ya.
“Rasa macam baharu semalam saja Hana bagi tahu yang dia keguguran, tup-tup bersalin dah. Alhamdulillah. Masya-Allah, senyap-senyap rahsiakan kehamilan, tahu tahu dah bersalin. Tahniah Hana,” komen netizen.
Sebelum ini, Hana pernah mengalami keguguran ketika usia kandungan mencecah usia 10 minggu pada Julai tahun lalu.
Pada April lalu, Da'i Syed berkongsi khabar gembira apabila isterinya iaitu pengacara Hana Ismail sedang berbadan dua.
Untuk rekod, Da’i Syed mendirikan rumah tangga dengan Hana Ismail pada 3 Disember 2022. -- Gempak
Topic Berkaitan
#Da i Syed
#Hana Ismail
#selamat melahirkan cahaya mata
#pendakwah bebas dan selebriti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan