SELEPAS satu pendedahan sebuah dokumentari yang membongkar dakwaan mencabul kanak-kanak ke atas mendiang Michael Jackson, sebuah stesen radio utama di Quebec, Kanada telah berhenti dari memutar semua lagu mendiang Raja Pop itu.
Jurucakap kepada Cogeco yang mengendalikan 22 radio di seluruh Quebec dan sebuah stesen di Ontario berkata, keputusan itu dibuat selepas dokumentari Leaving Neverland disiarkan pada Ahad menerusi saluran HBO.
Memetik laporan media antarabangsa, dokumentari yang berdurasi selama empat jam itu, telah mendedahkan secara terperinci mengenai kisah dua lelaki yang mendakwa Jackson mendera mereka secara seksual ketika mereka masih kanak-kanak.
Wade Robson, 36, melaporkan kepada BBC, mendiang pernah menganggunya secara seksual semasa dia berusia tujuh tahun dan cuba untuk mencabulnya semasa dia berusia 14 tahun.
Seorang lagi mangsa, James Safechuck, 40, juga mengakui pernah diganggu semasa umurnya 10 sehingga 14 tahun.
Menurut wakil Cogeco, Chrisne Dicaire, pihak mereka sangat prihatin dengan pendengar mereka dan akan meneliti sebaiknya untuk memberhentikan dari memutar lagu penyanyi tersebut buat sementara.
“Kami sangat prihatin terhadap komen pendengar kami, dan dokumnetari disiarkan pada malam Ahad lalu telah mencetuskan banyak reaksi,” katanya.
Tuduhan seksual itu kembai timbul hampir sedekad selepas Raja Pop itu meninggal dunia kerana dakwaan salah guna dadah pada 2009.
Asyraf Roslan
Wed Mar 06 2019

Tuduhan seksual terhadap Raja Pop itu kembali timbul hampir sedekad selepas mendiang meninggal dunia - Gambar twitter/@michaeljackson

Wujudkan sistem penilaian yang holistik ukur indeks prestasi utama syarikat konsesi
Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hassan mempersoalkan bagaimana prestasi pemegang-pemegang konsesi di bawah penilaian Kementeria Kerja Raya? Belia pada masa yang sama menyarankan agar Jabatan Kerja Raya mewujudkan sistem penilaian yang holistik untuk mengukur indeks prestasi utama konsesi yang telah menerima tender bagi selenggara selia jalan persekutuan,

Monsun Timur Laut berakhir 23 Mac, fasa Peralihan Monsun pula bermula - MetMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan fasa peralihan monsun bermula 23 Mac depan sehingga pertengahan Mei.

Tiada krisis 'Situasi Lehman' dalam keadaan kemelut perbankan AS - Penganalisis
Bank-bank berkenaan mempunyai kedudukan mudah tunai yang lebih baik berbanding pada 2008 dan bank Asia hanya mengalami pendedahan minimum terhadap bank wilayah AS.

TH keluar surat tawaran haji kepada 31,600 jemaah mulai Rabu
Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengeluarkan surat tawaran haji bagi tahun 2023 secara berperingkat mulai Rabu ini.

Jemaah haji B40, M40 kali pertama layak terima bantuan, T20 bayar penuh
Bayaran Haji jemaah Muassasah kumpulan M40 yang pertama kali menunaikan haji meningkat RM3,000 kepada RM15,980 seorang.

AWANI Ringkas: Lantikan boleh dianggap raih sokongan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

BERSIH kecam lantikan Pengerusi GLC, gesa reformasi disegerakan
BERSIH mengecam pelantikan jawatan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

16 senator angkat sumpah Ahli Dewan Negara
Mereka ialah ADUN Kedah Abdul Nasir Idris, Setiausaha PAS Kedah Musoddak Ahmad, Dr A. Lingeshwaran, Amir Ghazali dan Presiden PCS Datuk Seri Anifah Aman.

KDN serah kepada SPRM berhubung siasatan penyelewengan perjanjian sukuk
Saifuddin Nasution berkata SPRM harus diberi ruang seluas-luasnya untuk menunaikan tugas dan tanggungjawab mereka mengikut lunas undang-undang.

Kerjasama Farm Fresh-UPM tingkat minat mahasiswa ceburi industri tenusu dan pertanian
Farm Fresh Bhd memeterai Memorandum Perjanjian bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi membangunkan Pusat Edutourism dalam meningkatkan minat mahasiswa menceburi industri tenusu.

Dakwaan cabul, lagu Michael Jackson kena gam
Selepas satu pendedahan di sebuah dokumentari membangkitkan tuduhan pedolia ke atas mendiang Michael Jackson (MJ),Sebuah stesen radio utama di Quebec,telah menghentikan dari memutar semua lagunya.