Akhbar ternama Amerika Syarikat, The New York Times (NYT), membatalkan satu temu bual bersama pemenang anugerah Golden Globes, James Franco, selang beberapa hari selepas pelakon dan pengarah itu dilemparkan dengan dakwaan seksual.
Temu bual itu adalah sempena acara TimesTalk yang sepatutnya berlangsung pada Rabu.
Antara lain acara bertujuan membantu mempromosikan filem terbaru Franco, “The Disaster Artist” yang turut menampilkan adiknya, Dave Franco.
Dalam satu kenyataan, NYT memaklumkan ia membuat keputusan sedemikian selepas memperhalusi kontroversi yang melanda penggiat seni itu baru-baru ini.
Pelakon Violet Paley dan penggiat filem, Sarah Tither-Kaplan masing-masing pernah mendakwa Franco berkelakuan tidak senonoh secara seksual terhadap mereka menerusi penulisan di akaun Twitter.
Franco pada masa ini berada di New York untuk menghadiri Majlis Rebiu Kebangsaan sambil berkongsi mengenai filemnya. Franco tidak memberi sebarang komen kepada wartawan di lokasi yang cuba mendapatkan reaksinya mengenai dakwaan seksual tersebut.
Malah, Franco dan pasukan publisitinya juga tidak menjawab sebarang pertanyaan yang dihantar menerusi emel kepadanya.
Pada hari yang sama ketika membuat kemunculan di “The Late Show” bersama Stephen Colbert, Franco turut ditanya mengenai dakwaan itu.
Namun Franco cuma berkata, dia terdengar mengenainya semasa menjadi kecoh di Twitter sebelum ini.
"Bagaimanapun, saya boleh tegaskan bahawa tuduhan tidak benar. Pada masa sama, saya juga menyokong mana-mana wanita yang berani bersuara untuk menegakkan keadilan,'' kata Franco dalam program itu.
Sementara itu, pemenang Oscar, Michael Douglas, menafikan penglibatannya dalam satu kes gangguan seksual yang didakwa berlaku 30 tahun lalu.
Namun, dakwaan gangguan seksual itu belum tersebar luas memandangkan ia tidak diterbitkan di mana-mana akhbar, televisyen atau platform media sosial.
Dalam satu temubual bersama Deadline, Douglas berkata, dia menunggu jika ada penerbitan sebuah laporan yang bakal mendedahkan dakwaan kononnya dia berlakukan tidak senonoh ke atas seorang bekas pekerjanya, 32 tahun lalu.
Kata Douglas, dia mengambil keputusan untuk tampil menafikan dakwaan tersebut sebelum ia tersebar dan menjadi parah.
Malah, pelakon "Basic Instinct" yang juga suami kepada pelakon Catherine Zeta Jone itu turut menyifatkan semua dakwaan gangguan seksual itu satu penipuan.
Tahun lepas, pentas Hollywood diselubungi siri kontroversi dakwaan gangguan seksual oleh penggiat seni dimulai dengan Harvey Weinstein dan Kevin Spacey selain Slyvester Stallone.
Kontroversi itu turut membayangi Anugerah Golden Globe ke-75, yang berlangsung baru-baru ini di Beverly Hills apabila ramai pelakon lelaki dan wanita bersatu memakai pakaian berwarna hitam sebagai tanda protes.
Agensi
Wed Jan 10 2018
James Franco (kiri) bersama adiknya Dave Franco semasa Anugerah Golden Globe ke-75. James didakwa melakukan gangguan seksual terhadap dua wanita, terbaharu dalam siri kontroversi gangguan seksual membabitkan penggiat seni Hollywood. - Gambar AP
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Michelle Yeoh terharu, junjung kasih pada Agong, Permaisuri
Pelakon kelahiran Malaysia itu berterima kasih kepada semua yang kirim ucapan tahniah atas kejayaannya raih trofi Anugerah Golden Globe.
Agong, Permaisuri zahir ucapan tahniah kepada Michelle Yeoh
Baginda berdua zahir rasa sukacita dan bangga di atas kejayaan Yeoh mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.
Dakwaan salah laku seksual, NYT batal temu bual bersama James Franco
Akhbar The New York Times, membatalkan temu bual bersama pemenang Golden Globes, James Franco, beberapa hari selepas pelakon dan pengarah itu didakwa melakukan gangguan seksual terhadap dua wanita.