awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dalam proses, maknanya belum lagi bercerai - Serina Redzuawan

Gempak
Gempak
11/04/2017
12:39 MYT
Dalam proses, maknanya belum lagi bercerai - Serina Redzuawan
Pelakon Serina Redzuawan mengakui rumah tangganya goyah dan sedang menyelesaikan masalah dihadapi bersama suami, Gavin Edward.
PELAKON Serina Redzuawan mengakui rumah tangganya goyah dan sedang menyelesaikan masalah dihadapi bersama suami, Gavin Edward.
Menurut Serina, mereka masih mempunyai ikatan sebagai suami isteri yang sah dan kini sedang dalam proses perbincangan sebelum mengambil keputusan untuk berpisah.
"Kami masih lagi dalam proses perbincangan dan belum naik mahkamah kerana perkahwinan merupakan sesuatu yang baik.
"Dalam proses maknanya belum lagi bercerai kerana kami harus berbincang serta fikir betul-betul sebelum mengambil keputusan untuk berpisah.
"Dalam perkahwinan ini tidak ada sesiapa yang mahu untuk berkahwin dan kemudiannya bercerai.
"Jadi saya mengharapkan agar orang ramai mendoakan yang terbaik supaya masalah dihadapi oleh kami dapat diselesaikan," katanya kepada Astro Gempak.
Serina berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media malam gala Filem Hospital, di GSC Midvalley, pada Isnin.
Tambah Serina, masalah yang dihadapi oleh mereka bukan disebabkan oleh kehadiran orang ketiga.
Serina dan suaminya, Gavin Edward atau nama Islamnya Salahudin Ghafar bernikah pada tahun 2010 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Tristan Tareef dan Isabella Saffiya.
Topic Berkaitan
#Gavin Edward
#perkahwinan
#Serina Redzuawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan