ENTERTAINMENT
Datuk K maafkan penyebar gambar anaknya

Siti Nurhaliza melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama sementara, Fatimah Az-Zahra pada Isnin lalu.-Gambar fail
Suami penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K memaafkan individu yang menyebarkan gambar anaknya di media sosial.
Memetik Kosmo!, Datuk K mahu melupakan perkara lalu kerana memahami keadaan peminat yang teruja dengan kelahiran anaknya, Fatimah Az-Zahra sehingga berbuat demikian.
“Memang sedih juga pada awalnya, tetapi, perkara sudah berlaku dan kehidupun perlu diteruskan. Lagipun saya sangat memahami mengapa mereka berbuat demikian.
Sikap memaafkan itu juga dibuat kerana memikirkan peminat Siti Nurhaliza yang sentiasa memberi sokongan dan doa agar isterinya mendapat cahaya mata.
"Sejak Siti berkahwin dengan saya, peminat juga yang tidak putus-putus berdoa supaya Siti cepat menerima zuriat.
“Jadi, saya faham, mereka juga mahu berkongsi kegembiraan yang turut dirasai oleh kami,” katanya lagi.
Siti Nurhaliza melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama sementara, Fatimah Az-Zahra pada Isnin lalu.
Tindakan wanita itu bukan sahaja mengecewakan mereka, malah, turut dikecam peminat dan netizen.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami