awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

De Fam jarang keluar lagu, ini penjelasan Azira Shafinaz

Astro Awani
Astro Awani
14/04/2021
12:56 MYT
De Fam jarang keluar lagu, ini penjelasan Azira Shafinaz
Menurut Azira, kumpulannya itu akan tampil berbeza dan lebih matang selepas ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Penyanyi dan anggota De Fam, Azira Shafinaz mengatakan setiap anggota kumpulan itu kini sibuk dengan kerjaya solo masing-masing.
Namun menurut Azira, dia dan dua lagi anggota De Fam iaitu Cik Manggis dan Sophia Liana sedang mengambil masa untuk melakukan yang terbaik dalam lagu seterusnya.
"Kami sibuk dengan kerjaya solo masing-masing, namun pada masa yang sama, kami sedang mengambil masa sebagai persediaan untuk melakukan yang terbaik dalam lagu akan datang.
"Kalau boleh, setiap lagu yang kami keluarkan itu terbaik sebagaimana kami mengeluarkan lagu Super Girl dahulu.
"Kami mahu peminat mempunyai rasa yang sama sebagaimana mereka menyukai lagu kami sebelum ini," katanya kepada Gempak.
Azira berkata demikian ketika ditemui di rakaman sebuah program TV, baru-baru ini.
Tambah Azira, kumpulannya itu akan tampil berbeza dan lebih matang selepas ini.
"Dalam lagu selepas ini, kami akan tampilkan perbezaan dan lebih matang, dari situ, peminat masih boleh nampak kebolehan De Fam.
"Kadang-kadang ramai yang tertanya kenapa kami jarang keluarkan produk, hal yang sebenar adalah kami mahu menjaga kualiti lagu-lagu kami," katanya lagi.
De Fam ditubuhkan sekitar tahun 2015 dan berjaya membina populariti sehingga kini.
Topic Berkaitan
#Azira Shafinaz
#De Fam
#Lagu
#Cik Manggis
#Sophia Liana
#hiburan
#AWANIxGEMPAK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan