awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Deepika, Ranveer sah suami isteri

Sinar Harian
Sinar Harian
16/11/2018
08:01 MYT
Deepika, Ranveer sah suami isteri
Pada bulan lalu, Padukone, 32, dan Singh 33, mengumumkan akan berkahwin pada 14 dan 15 November. Mereka dilaporkan mula menjalin hubungan pada 2013 tetapi merahsiakan hubungan cinta mereka. - Foto Sinar Harian
PASANGAN bintang popular Bollywood, Deepika Padukone dan Ranveer Singh, berkahwin di Itali, lapor media India hari ini.
Menerusi laporan AFP, mereka berkahwin dalam satu majlis tertutup di Lake Como semalam.
Namun, sehingga kini mereka belum memberi ulasan atau menyiarkan gambar majlis berkenaan yang ditutup kepada media.
Padukone, ialah antara aktres menerima bayaran termahal di India dan pernah membintangi filem Hollywood, ‘xXx: Return of Xander Cage’, di samping Vin Diesel.
Pasangan itu dilaporkan akan membuat dua resepsi- satu di Bengaluru pada 21 November untuk keluarga dan sahabat mereka dan pada 28 November di Mumbai untuk rakan-rakan seperjungan pasangan Bollywood itu.
pic.twitter.com/dt0DCHQjQY
— Ranveer Singh (@RanveerOfficial) November 15, 2018
Pada bulan lalu, Padukone, 32, dan Singh 33, mengumumkan akan berkahwin pada 14 dan 15 November. Mereka dilaporkan mula menjalin hubungan pada 2013 tetapi merahsiakan hubungan cinta mereka.
Pengarah filem Karan Johar, yang juga rakan kepada pasangan itu, mengucapkan tahniah menerusi tweet. “Pasangan yang cantik dan menawan! Tahniah! Sayang kamu berdua!” tulisnya semalam.
Such a stunning gorgeous and beautiful couple!!!! Nazar utar lo! @deepikapadukone and @RanveerOfficial !! Badhai ho !!! Love you both!!! Heres to a lifetime of love and joy!
— Karan Johar (@karanjohar) November 14, 2018
Pasangan pengantin itu pernah berlakon bersama termasuk epik kontroversi awal tahun ini yang mencetuskan bantahan ganas di utara India.
Padukone melakonkan watak ratu Hindu dan Singh sebagai pemerintah Islam dalam filem itu, yang menaikkan kemarahan golongan konservatif, sebahagiannya membakar set perfileman dan mengancam kedua-dua pelakon berkenaan.
Selain itu, seorang lagi pelakon, Priyanka Chopra dan penyanyi Amerika Syarikat, Nick Jonas, dijangka berkahwin di India awal bulan depan.
Topic Berkaitan
#Bengaluru
#Bollywood
#Hollywood
#Lake Como
#Mumbai
#perkahwinan
#Priyanka Chopra
#Ranveer Singh
#selebriti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan