awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Den Manjo doakan Eda Ezrin, harap kisah jadi pengajaran buat anak seni

Gempak
Gempak
27/03/2025
05:32 MYT
Den Manjo doakan Eda Ezrin, harap kisah jadi pengajaran buat anak seni
Den memaklumkan dia ada menghubungi keluarga Eda. - Gempak
PENYANYI yang terkenal di Pantai Timur, Den Manjo berharap kisah yang terjadi kepada pasangan duetnya iaitu Eda Ezrin dapat dijadikan pengajaran kepada semua anak seni.
Jadi pengajaran buat anak seni
Menurut Den, situasi yang melanda Eda ada baik serta buruknya dan sebagai seorang rakan, dia sentiasa mendoakan yang terbaik buat sahabatnya.
“Untuk pengetahuan semua, saya sebagai partner mahu katakan boleh kita ambil sebagai pengajaran kita sebagai anak seni.
“Yang bukan anak seni pun boleh jadikan pengajaran, ada yang buruk ada yang baik, contoh yang baik adalah apabila terjadinya kes seperti ini, sempadan Golok dan Kelantan dijaga kemas dan rapi.
“Jadi benda-benda yang masuk tanpa imigresen itu jadi clean dan itu antara satu kebaikan juga. Sama-sama kita doakan Eda,” katanya kepada Gempak.
Den berkata demikian ketika ditemui pada sesi rakaman Gempak Jam Session Raya bertempat di Sora Studio baru-baru ini.
Ada hubungi keluarga Eda
Mengulas lanjut mengenai penyanyi wanita itu, Den memaklumkan dia ada menghubungi keluarga Eda.
“Saya ada berhubung dengan keluarga dia, semasa mula mula kena dan awal-awal kes berlangsung.
Sekarang pun masih ada hubungi adik-adik dia, insya-Allah saya akan selalu berhubung dengan mereka,” ujarnya ringkas.
Terdahulu, Den Manjo dan Eda popular menerusi lagu ‘Cinta Setandan Pisang’ atau ‘Bey Soba Bey’ ciptaan komposer ternama Eddie Hamid dan lirik dihasilkan oleh Mama Ana dan Fadhil Turbo terbitan Kijang Music.
Untuk info, Eda bersama suami dan empat rakannya terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Wilayah Narathiwat, Thailand memutuskan mereka bebas daripada tuduhan memiliki 6,059 biji pil yaba pada 1 November tahun lalu.
Ia melibatkan pertuduhan memiliki 6,059 pil kuda semasa ditahan dalam serbuan di sebuah hotel dekat Golok, Thailand pada 1 November tahun lalu.
Terbaharu, Eda dilaporkan dibebaskan daripada pertuduhan memiliki 6,059 pil kuda pada 6 Mac lalu dijangka akan dibebaskan selepas Aidilfitri. -- Gempak
Topic Berkaitan
#Den Manjo
#Eda Ezrin
#Cinta Setandan Pisang
#Bey Soba Bey
#pil kuda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan