awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Laporan media dakwa Malaysia beri lebih 5,000 hektar tanah kepada Indonesia tidak tepat - Arthur
LZS sasar kutip RM2.2 juta zakat PDRM Selangor menerusi skim potongan gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dendam masih membara, gengster tembak rumah aktor Salman Khan

Gempak
Gempak
17/04/2024
06:30 MYT
Dendam masih membara, gengster tembak rumah aktor Salman Khan
Salman menasihatkan agar tidak ada pihak yang datang menziarah atau melawat kediamannya dalam masa terdekat. - Foto Gempak
KEDIAMAN pesohor Bollywood, Salman Khan ditembak dua individu tidak dikenali pada 14 April sebelum sekumpulan gengster yang diketuai Lawrence Bisnhnoi mengaku melakukan aksi tersebut.
Serangan
Menerusi laporan media tempatan, adik Lawrence, Anmol Bishnoi bertanggungjawab melakukan serangan yang terjadi pada pukul 5 pagi.
Diketahui tiga das tembakan dilepaskan ke kediaman jenis apartmen milik Salman di Mumbai, India dengan dua orang suspek kemudian dilihat meninggalkan kediaman aktor tersebut seperti yang terakam dalam CCTV.
Meski kediamannya telah diancam oleh penjenayah dan gengster, Salman menangani isu tersebut dengan tenang.
Tiada kenyataan
Bapa Salman, Salim Khan malah mengatakan tiada kenyataan yang boleh diberikan kepada pihak media dan meminta agar semua pihak bertenang dan tidak bimbang.
“Tidak ada kenyataan untuk diberitahu. Mereka (penjenayah) hanya mahukan publisiti. Jangan bimbang,” katanya sewaktu dihubungi News 18.
Serangan tersebut telah membuat kawalan keselamatan di sekitar kediaman Salman dipertingkatkan.
Salman, 58, malah menasihatkan agar tidak ada pihak yang datang menziarah atau melawat kediamannya dalam masa terdekat.
Kumpulan gengster tersebut diketahui sudah beberapa kali melakukan ugutan bunuh terhadap bintang Tiger 3 itu.
Lawrence antaranya dengan lantang mengakui mahu membalas dendam terhadap Salman terkait kes pemburuan haiwan antelop jenis blackbuck beberapa tahun lalu.
Beberapa bulan lalu, kumpulan gengster tersebut dipercayai telah membunuh penyanyi Sidhu Mosse Wala.
*Artikel asal yang disiarkan di Gempak
Topic Berkaitan
#aktor Bollywood
#Salman Khan
#ditembak
#Mumbai
#gangster
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan