awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dengan sekali lafaz, penjaga gol sah milik Rody Kristal

Gempak
Gempak
28/04/2018
13:27 MYT
Dengan sekali lafaz, penjaga gol sah milik Rody Kristal
Menerusi entri di Instagram (IG), Rody meluahkan rasa syukur dan lega kerana majlis tersebut berjalan dengan lancar. - Foto Instagram
GITARIS kumpulan Kristal, Rody selamat bergelar suami kepada penjaga gol skuad futsal wanita kebangsaan, Nur Izwani Azman atau lebih dikenali sebagai Niena.
Menerusi entri di Instagram (IG), Rody meluahkan rasa syukur dan lega kerana majlis tersebut berjalan dengan lancar.
"Alhamdulillah, hari ini hari bersejarah buat hidupku kerana dengan sekali lafaz, aku telah menjadi suami @niena_azmann.
"Buat isteri yang tercinta, Insya-Allah saya akan jaga dan bimbing sayang," tulisnya.
Difahamkan masjlis tersebut dilakukan secara tertutup di kediaman keluarga Niena di Kulai, Johor malam semalam dan hanya dihadiri oleh kaum keluarga serta rakan-rakan terdekat mereka.
Rata-rata peminat mengucapkan tahniah dan mendoakan mereka agar tabah menempuhi dugaan dalam hidup berumah tangga serta mendapat anak yang comel kelak.
Pasangan ini berkenalan selama enam bulan sebelum membuat keputusan untuk berkahwin.
Uniknya, Rody melamar Niena hanya melalui akaun Instagram sebelum mereka mengikat tali pertunangan pada 4 November tahun lalu.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Topic Berkaitan
#berkahwin
#gitaris
#Instagram
#kristal
#Niena
#Nur Izwani Azman
#pernikahan
#Rody Kristal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan