PELAKON Ungku Ismail berkongsi perkembangan terkini Nad Zainal yang masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) KPJ Ampang Puteri sejak minggu lalu.
Menerusi hantaran video di Instagram, Ungku Ismail memaklumkan Nad menunjukkan perkembangan positif sejak tiga hari lalu dan sudah mula sedarkan diri.
“Setiap hari ada perkembangan yang kecil. Tapi dalam masa yang sama ada keadaan agak membimbangkan juga apabila tiba-tiba oksigen serta darah tingginya naik turun.
“Bagaimanapun, Alhamdulillah ada progress. Dalam tiga hari lalu doktor dah kurangkan dos ubat tidurnya.
"Jadi dia ada buka mata serta gerak-gerakkan tangan... bila kita bercakap dengan dia hanya boleh menganggukkan kepala.
"Pada mulanya dia sedar itu dia agak panik apabila melihat keadaan di hospital tapi, kami cuba tenangkan dia.
"Dia sedar sekejap sahaja,” katanya.
Meskipun menunjukkan perkembangan positif setiap hari, Nad masih memerlukan pemantauan rapi di ICU.
“Nad masih dalam ICU, maka dia masih dalam keadaan kritikal.
"Tak boleh nak gembira sangat kerana masih menunggu untuk paru-parunya betul-betul sembuh kerana kini mesin pernafasan masih belum cabut walaupun kadarnya sudah dikurangkan.
“Selagi mesin pernafasan belum cabut saya masih tak keruan begitu juga keluarganya tak keruan melihat anak tunggalnya,” ujarnya.
Itu merupakan perkongsian pertama Ungku Ismail selepas didakwa 'merajuk' dan berkecil hati dengan netizen.
“Saya tak merajuk, cuma saya terkilan apabila maklumat yang cuba saya sampaikan telah terpesong.
"Bila saya suruh doa tapi orang doakan hubungan saya pula. Saya ingatkan orang fokus mengenai keadaan Nad.
"Tapi video ini saya tujukan kepada ramai, boleh kata beribu yang DM meminta saya update perkembangan terbaharu Nad,” jelasnya.
Justeru, Ungku Ismail tidak putus-putus meminta agar semua terus mendoakan kesihatan Nad agar segera sembuh.
Terdahulu, Nad atau nama penuhnya, Farah Nadia Zainal Abidin dilaporkan ditidurkan sejak minggu lalu susulan pendarahan pada bahagian paru-paru.
Ungku Ismail serta pengarah Sharulezah atau Budak Ijat antara dua rakannya yang sering memaklumkan perkembangan terkini Nad hampir setiap hari. -Gempak
Gempak
Wed Nov 30 2022
Ungku Ismail memaklumkan Nad menunjukkan perkembangan positif sejak tiga hari lalu dan sudah mula sedarkan diri. -Gempak/Instagram
AWANI Ringkas: Cuaca panas luar biasa dijangka berlarutan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jeremiah Manele dipilih sebagai PM baharu Kepulauan Solomon
Menteri Luar Jeremiah Manele dipilih sebagai Perdana Menteri baharu Kepulauan Solomon oleh ahli Parlimen negara itu pada Khamis, umum Gabenor Jeneral Kepulauan Solomon David Vunagi.
"Ahli Parlimen nak bantah kenaikan gaji? 'Humban' dia dalam PRU akan datang" - Anwar
Anwar berkata pihak yang melontarkan kritikan mengenai cadangan kenaikan gaji penjawat awam tidak sepatutnya bersikap angkuh.
Microsoft umum pelaburan AI, infrastruktur awan AS$2.2 bilion di Malaysia
Microsoft mengumumkan untuk melabur AS$2.2 bilion (RM10.48 bilion) dalam kecerdasan buatan (AI) dan pembangunan infrastruktur awan di Malaysia.
Perkembangan letupan Gunung Ruang, tindakan seterusnya?
Bersama ditalian, Susan Margaret, Ketua Biro Kompas TV Manado.
Pembantu kedai telefon mengaku tidak bersalah sebabkan kematian OKU
Lim Guan Yan membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Suhaila Shafi'uddin.
Microsoft umum pelaburan AI, awan bernilai USD2.2 bilion di Malaysia
Bersama ditalian, Pengarah Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) UKM, Prof. Dr Sufian Jusoh.
BPT SPRM berperanan kesan kelompongan, ketirisan dalam organisasi
Bahagian Penyiasatan Tatakelola (BPT) SPRM berperanan menjalankan siasatan bagi mengesan kelompongan dalam tatacara kerja dan mengurangkan ketirisan dalam organisasi.
Pelaburan Microsoft AS$2.2 bilion: Bukti keyakinan global kepada Malaysia - PM
Malaysia menyambut baik keputusan pelaburan dibuat Microsoft bernilai AS$2.2 bilion (RM10.5 bilion).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata jumlah ini adalah pelaburan terbesar pada satu-satu masa oleh Microsoft setelah 32 tahun bertapak di Malaysia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata jumlah ini adalah pelaburan terbesar pada satu-satu masa oleh Microsoft setelah 32 tahun bertapak di Malaysia.
Lelaki warga emas ditemui maut di kawasan kebun getah
Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang ketika keluar mencari daun palas Isnin lepas, ditemukan meninggal dunia di kawasan kebun getah di Kampung Guar Sanai, Beseri, Padang Besa, semalam.
Nad Zainal tak nak kusutkan otak, kawan dengan semua!
Ketika rakan-rakan artis mengulas mengenai hubungan dengannya yang didakwa renggang, Nad Zainal memilih untuk tidak memanjangkan isu itu.
'Insya-Allah bersalin Oktober' - Nad Zainal hamil anak ketiga
Nad berkata dia kini lebih terbuka untuk berkongsi mengenai berita gembira itu susulan baby bump yang sudah jelas kelihatan.
'Semoga bertaubat' - Nad Zainal tegur peniaga online reka cerita untuk lariskan perniagaan
Nad berkata peniaga tersebut telah menyebarkan fitnah dengan mendakwa aktres itu sudah tidak selesa hidup bersama suaminya, Ungku Ismail.
Nad, Ungku Ismail sah bergelar suami isteri
Pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail kini bergelar suami isteri dalam satu majlis sederhana yang diadakan di ibu negara, pada Sabtu.
Tabung kecemasan Nad Zainal berjaya kutip RM270,000 - Ungku Ismail
Pelakon Ungku Ismail memaklumkan Tabung Kecemasan Nad Zainal yang dilancarkan sebelum ini berjaya mengutip sebanyak RM270,000 hasil sumbangan orang ramai.
"Nad Zainal kembali bergantung pada alat bantuan pernafasan, oksigen merosot" - Ungku Ismail
Pelakon Ungku Ismail memaklumkan Nad Zainal terpaksasemula kepada alat bantuan pernafasan apabila paru-paru aktres tersebut masih belum kuat untuk berfungsi sendiri.
Nad Zainal sudah boleh bercakap
Ungku Ismail jelaskan, Nad Zainal sudah menunjukkan perkembangan positif.
'Dia dah buka mata, mulai sedar, tapi...' - Ungku Ismail kongsi keadaan terkini Nad Zainal
Ungku Ismail memaklumkan Nad menunjukkan perkembangan positif sejak tiga hari lalu dan sudah mula sedarkan diri.
Bukan berpunca dari ubat kurus! Shahrulezad dedah buah pinggang Nad Zainal dalam keadaan baik
Shahrulezad berkata kadar kebergantungan Nanad pada mesin oksigen pun semakin berkurangan.
'Saya nampak air matanya' - Marsha Milan sempat ziarah Nad Zainal di ICU
Anak kelahiran Sabah itu menjelaskan dia dan beberapa rakan selebriti lain berhasrat untuk mengadakan sesi reunion bersama-sama apabila Nad sudah sedar.