awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Sokongan terhadap PM Anwar meningkat kepada 55 peratus - Merdeka Center
DUNIA
[KOLUMNIS] Niat sebenar Trump adalah ingin ‘jajah’ Iran
HIBURAN
Elite kembali gegar pentas dengan konsert ELITE LIVE ‘25 September depan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ENTERTAINMENT

Diana Danielle kembali dengan single 'Raja Dusta'

Bernama
Bernama
21/04/2025
10:20 MYT
Diana Danielle kembali dengan single 'Raja Dusta'
Penyanyi berusia 34 tahun itu berkata single berjudul Raja Dusta menampilkan irama rancak dan lirik berbaur sindiran nakal sebagai cerminan kepada kekuatan wanita. - Gambar fail/Gempak
KUALA LUMPUR: Setelah dua tahun menyepi tanpa lagu baharu, penyanyi dan pelakon Diana Danielle kembali mewarnai industri muzik tanah air dengan lagu mengisahkan keberanian dan kebebasan buat mereka yang pernah terperangkap dalam hubungan "toksik".
Penyanyi berusia 34 tahun itu berkata single berjudul Raja Dusta menampilkan irama rancak dan lirik berbaur sindiran nakal sebagai cerminan kepada kekuatan wanita yang sering terperangkap dalam budaya misoginis (lelaki membenci wanita), menjadikan mereka mangsa penderitaan secara senyap.
"Lagu ini mewakili apa yang ramai wanita alami dalam perhubungan seperti janji palsu, harapan dimanipulasi dan akhirnya keberanian untuk bebaskan diri," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan Universal Music Malaysia hari ini.
Walaupun lirik lagu tersebut dibawakan daripada perspektif seorang wanita, ibu kepada dua cahaya mata itu berkata karya berkenaan tidak ditujukan kepada sesiapa secara spesifik dan menekankan mesej lagu bersifat universal.
"Saya mahu pendengar menikmati lagu ini tanpa rasa benci. Ia mengenai keberanian dan kebebasan membuat keputusan terbaik untuk diri sendiri. Kita semua pernah berada dalam hubungan yang berat sebelah. Jadi, lagu ini peringatan supaya jangan tertipu dengan kata-kata manis jika perbuatan tidak seiring," katanya.
Kata Diana, sesi rakaman berlangsung dengan penuh keseronokan walaupun pertama kali buatnya bekerjasama dengan penerbit John Jeeves.
"Saya agak kekok pada mulanya sebab sudah dua tahun tidak muncul dengan lagu baharu. Keyakinan sedikit goyah, tetapi semua orang di sekeliling menyokong dan buat saya selesa. Saya harap ini menjadi permulaan baik untuk kembali aktif dalam bidang muzik.
"Saya ulang banyak kali perkataan 'seronok' sebab memang itulah yang saya rasa! Walaupun mencabar dan di luar zon selesa saya, saya tahu saya perlu biasakan diri dengan rentak ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Diana Danielle
#lagu baharu
#Raja Dusta
#penyanyi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami