awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Diberi nafas baharu, HeroDewi Remaja 2023 mahu lahirkan lebih banyak bakat baharu

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
31/10/2023
12:00 MYT
Diberi nafas baharu, HeroDewi Remaja 2023 mahu lahirkan lebih banyak bakat baharu
HeroDewi Remaja 2023 menampilkan 16 peserta terdiri daripada lapan orang Hero dan lapan orang Dewi bagi merebut gelaran juara. Astro/Remaja
KUALA LUMPUR: Buat pertama kali, jenama program realiti Hero Remaja dan Dewi Remaja bergabung untuk mencari pelapis baharu industri seni di bawah jenama HeroDewi Remaja.
Menurut pengurus saluran Astro Ria, Idlan Zahari pembikinan HeroDewi Remaja 2023 ini adalah untuk mempercepatkan kelahiran bakat-bakat baharu dalam industri seni disamping memberi nafas baharu kepada jenama Hero dan Dewi yang sudah bertapak di dalam industri lebih 30 tahun.
“Kita tahu setiap tahun kita akan selang-selikan pembikinan Hero dan Dewi Remaja, jadi ia agak lambat untuk kita tunggu setiap tahun.
“Industri kita sentiasa memerlukan pelapis baharu dan gabungan ini juga memberi satu nafas baharu kepada jenama Hero dan Dewi selain itu kita dapat menyaksikan dinamik yang berbeza dalam pertandingan realiti ini serta dapat mencari Hero dan Dewi yang terbaik untuk edisi kali ini,” katanya pada sidang media HeroDewi Remaja 2023.
Pada masa sama, Idlan menyatakan bahawa cabaran yang dibawakan untuk musim kali ini sedikit berbeza dan lebih mencabar berbanding dengan musim terdahulu.
“Cabaran yang diberikan kepada mereka kali ini agak berbeza kerana mereka berpeluang untuk bergabung dalam melakukan task (tugasan).
"Selain itu dalam kesempatan ini juga Astro mahu membina mereka sebaik mungkin dan berikan peluang yang lebih untuk di platform Astro,” ujarnya.
Pelakon dan model, Scha Al-yahya pula sekali lagi diberi mandat untuk menjadi mentor dan juri tetap program tersebut.
Sebagai mentor dan juri, antara elemen yang Scha ingin lihat adalah daya tahan yang baik daripada semua peserta untuk bertahan dalam industri seni yang punya turun naik.
“Dia agak tricky, sebab kita nak cari winners of the winners, sebab mereka ini sudah menang, jadi kita nak cari siapa yang paling menonjol.
“Mereka perlu ingat yang mana mereka akan dinilai individu, tapi kami perlu lihat juga macam mana mereka bekerja dalam satu kumpulan.
“Elemen yang penting buat mereka sebagai seorang ikon adalah mereka perlu ada daya tahan, kerana kita tahu dalam industri ada turun naik, bagaimana anda bounce back setiap kali ada ujian.
"Perlu ada skil komunikasi, penampilan yang menarik, jawab temu bual secara baik dan peka dengan isu semasa, bukan hanya ada keyakinan,” katanya
HeroDewi Remaja 2023 menampilkan 16 peserta terdiri daripada lapan orang Hero dan lapan orang Dewi bagi merebut gelaran juara.
Berikut adalah senarai penuh peserta HeroDewi Remaja 2023:
Senarai penuh peserta HeroDewi Remaja 2023
Senarai penuh peserta HeroDewi Remaja 2023
HeroDewi Remaja akan mula bersiaran pada 10 November 2023 di saluran Astro Ria.
View this post on Instagram
A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)
Topic Berkaitan
#Hero Remaja
#Dewi Remaja
#HeroDewi Remaja 2023
#Scha Al Yahya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan