KUALA LUMPUR: Netizen kini hangat memperkatakan berkenaan hubungan mesra antara pelakon Sharnaaz Ahmad dan anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz.

Malah, Astro Gempak cuba mendapatkan reaksi Sharnaaz, 36, berhubung gosip yang mengaitkan mereka berdua.

"No komen," katanya menerusi kiriman mesej yang dihantar di aplikasi WhatsApp seperti dilaporkan Gempak.

Malah, usaha mendapatkan penjelasan daripada Azira juga gagal apabila dia tidak membalas mesej yang dihantar.

Perkara ini tercetus dalam kalangan warganet selepas pelakon Polis Evo 3 itu didakwa sudah mempunyai pengganti selepas memuat naik foto memeluk bahu Azira di Instagram Stories, baru-baru ini.

Azira juga menjadi antara selebriti yang terlibat dalam misi bantuan banjir yang diketuai Sharnaaz dan Mamu Legacy.

Selain itu, Sharnaaz juga pernah membuat hantar sempena ulang tahun kelahiran Azira yang ke-29 di Instagram pada 26 September tahun lalu.