KUALA LUMPUR : Pelakon terkenal, Maya Karin mendedahkan dia diserang 'panic attack' atau serangan panik ketika menyampaikan anugerah di Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) yang disiarkan secara langsung di TV2 pada malam Jumaat.
Situasi itu menyebabkan aktres yang sinonim dengan lakonannya dalam filem seram Pontianak Harum Sundal Malam itu hampir pitam dan menggigil ketika membacakan anugerah bagi Kategori Pelakon Lelaki Terbaik pada ketika itu.
Melalui laman sosial Instagramnya, Maya bagaimanapun berkata, rakan artis, Faizal Hussein yang pada ketika itu turut menjadi pasangan penyampai anugerah menyelamatkan dia daripada terjatuh di pentas.
Ketika diserang panik itu, Maya sempat meminta maaf dan terpaksa memegang bahu Faizal untuk memastikan dia tidak terjatuh atau tersungkur.
Sambil dibantu Faizal, Maya juga membuka kasut tumit tingginya, spontan meneruskan malam anugerah dengan membaca skrip di kad pencalonan anugerah
Dia terpaksa 'berkaki ayam', namun berjaya membacakan skrip walaupun dalam keadaan menggigil.
"Hero saya semalam, sangat gentleman, siap kutip kasut saya yang tertinggal di pentas," ujarnya di Instagram.
Dalam pada itu, Maya ketika dihubungi Astro AWANI pada Sabtu berkata, dia kini berada dalam keadaan baik, namun masih trauma dengan episod yang menimpanya.
"Keadaan saya semakin baik. Namun, saya masih trauma. Sudah tentu saya berharap ia tidak pernah berlaku," jelasnya.
Pada FFM32 itu, filem Spilt Gravy on Rice diangkat sebagai Filem Terbaik yang berlangsung meriah malam Jumaat bertempat di Encore Melaka.
BACA: 'Spilt Gravy on Rice' dinobat filem terbaik FFM-32
Rahimah Abdullah
Sat Dec 03 2022
Maya berkata, rakan artis, Faizal Hussein yang pada ketika itu turut menjadi pasangan penyampai anugerah menyelamatkan dia daripada terjatuh di pentas. - Sumber foto Instagram @maya_karin
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Maya Karin belajar tarian tango demi 'The Experts'
Walaupun babak tarian Tango hanya muncul sekitar lima minit dalam filem 'The Experts', penyanyi dan pelakon, Maya Karin memberi sepenuh komitmen agar dapat menyempurnakan gerak tarian yang terkenal di
Diserang 'panic attack' Maya Karin 'diselamatkan' hero di FFM32
Maya Karin mendedahkan, dia diserang 'panic attack' atau serangan panik ketika menyampaikan anugerah di Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32).
Syamsul Yusof sambut baik cadangan Maya Karin mahu jadi Mahsuri
Selepas menjadi 'pontianak', Maya teringin pula memegang watak Mahsuri.
Maya Nature Foundation, HUiTM meterai MoU pulihara alam sekitar
Maya Nature Foundation, HUiTM meterai MoU demi pulihara alam sekitar
Maya Karin lawat PPV WTCKL, kagum dengan kecekapan dan profesionalisme petugas
Kehadiran aktres itu turut disambut Pengarah Urusan Kumpulan WTCKL, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim.
Maya Karin mengaku didekati empat lelaki termasuk warga Australia
Sejak kembali solo pada 2010 ramai yang mahu mengenali dirinya dengan lebih rapat, tetapi dia lebih selesa berkawan.
Maya Karin dijelmakan sebagai Puteri Santubong
Maya Karin bakal muncul dalam teater muzikal Puteri Santubong The Warrior Princess.
'Ombak Rindu': Maya Karin dedah hero asal bukan Aaron Aziz ...
Pelakon Maya Karin mendedahkan bahawa aktor Datuk Aaron Aziz bukanlah hero asal sewaktu pembikinan filem 'Ombak Rindu' yang diterbitkan pada 2011.
Kuasai lebih daripada satu bahasa buka lebih banyak peluang - Maya Karin
Dengan meluaskan pengetahuan lebih daripada bahasa ibunda, ia berpotensi membuka peluang yang lebih besar dalam hidup.
Ceritalah ASEAN - Maya Karin: Ratu Hijau Malaysia
Cabaran Maya Karin juga menjadi tular di media sosial, hasil daripada tindakannya secara spontan berswafoto ketika berbaring di sungai dalam perjalanan balik dari hutan hujan Belum di Perak.