PERBEZAAN umur tidak menjadi halangan untuk Zara Zya terus menjalinkan hubungan cinta dengan Hafreez Adam, sejak enam bulan lalu.
Malah, selebriti berusia 33 tahun ini turut menyifatkan Hafreez sebagai seorang lelaki yang matang.
"Saya tak kisah pun pasal ini. Lagipun, jarak usia hanyalah enam tahun.
"Kita juga tak pernah berbincang pasal ini. Saya rasa tak ada masalah kerana dia sangat matang," katanya pada Sinar Harian.
Malah, pelakon yang mencipta nama menerusi drama bersiri Love You Mr Arrogant ini mengakui hubungan cinta yang terjalin berlaku secara semula jadi.
"Sebenarnya, saya dan dia dah lama kenal. Adalah dalam empat tahun.
"Drama Monalisa adalah job ketiga saya dan dia. Lagi pula, job ini lama, so kami rapat secara tak sengaja.
"Bila shoot drama sekarang. Dia tunjuk minat dia bahkan shoot drama ni pun almost everyday jumpa. Jadi, makin lama makin rapat," katanya.
Pada masa sama, pelakon drama bersiri Tuan Anas Mikael ini juga menyifatkan Hafreez seorang yang berperibadi baik selain sweet.
"Dia pun jujur mengenai hal ini. Saya mengaku pun sebab dah keluar cerita ini (kisah cinta) daripada mulut dia.
"Doakan agar hubungan yang terjalin ini akan terus berkekalan," katanya.
Sinar Harian
Tue Apr 03 2018
Pelakon yang mencipta nama menerusi drama bersiri 'Love You Mr Arrogant' ini mengakui hubungan cinta yang terjalin berlaku secara semula jadi. - Foto Sinar Harian
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Pertunangan sebulan Zara Zya, Hafrez Adam terlerai
Dugaan darah manis...
Keluarga Hafreez Adam datang merisik, ada sebab Zara Zya rahsiakan
Tak sabar nak makan nasi minyak Zara dan Hafreez!
'Jangan tanya saya dan Hafreez bila lagi' - Zara Zya
Aktres Zara Zya mengakui masih belum mempunyai tarikh yang sesuai untuk menamatkan zaman bujang bersama kekasihnya iaitu pelakon Hafreez Adam.
'Saya, Zara Zya ada bincang tentang perkahwinan, tapi ...' - Hafreez Adam
Pelakon Hafreez Adam mengakui mempunyai perancangan untuk berkahwin dengan kekasihnya, Zara Zya.
'Doakan hubungan kami kekal' - Zara Zya
Perbezaan umur tidak menjadi halangan untuk Zara Zya terus menjalinkan hubungan cinta dengan Hafreez Adam, sejak enam bulan lalu.
Kesal isu jerawat batu, Hafreez Adam tak keluar rumah tiga hari
Pelakon Hafreez Adam meluahkan rasa kecewa apabila ada pihak yang mengkritik isu jerawat batunya yang menjadi viral kerana sebuah artikel.
Hafreez pelakon baru yang hanya menimba ilmu di lokasi penggambaran
Tuah menyebelahi anak muda ini apabila dia diberi peluang berlakon tatkala menemani rakannya menjalani uji bakat.