awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dollah Cantek meninggal dunia

Sinar Harian
Sinar Harian
13/04/2024
05:52 MYT
Dollah Cantek meninggal dunia
Abdullah menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Sentul Point Suite Apartment, Kuala Lumpur, pada jam 8.40 pagi tadi.
PENGACARA dan juga bekas pengurus pentas program-program terbitan Astro, Dollah Cantek menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Sentul Point Suite Apartment, Kuala Lumpur, pada jam 8.40 pagi tadi.
Menurut rakan terdekat Allahyarham, Mohd Shukri Ibrahim, punca sebenar kematian Dollah atau nama sebenarnya Abdullah Ibrahim masih belum diketahui dan keluarganya masih menunggu keputusan forensik.
“Sehubungan dengan itu pihak waris dan keluarga terpaksa menunggu keputusan forensik bagi menetapkan upacara pengurusan jenazah Allahyarham yang dijangka selesai pada jam 5 petang.
“Sekiranya Allahyarham ada mempunyai sebarang hutang dengan bukti dan belum dijelaskan lagi mohon berhubung dengan saya atau menghalalkan, lebih baik jika tidak mahu dituntut lagi,” katanya kepada Sinar Harian.
Tambah Mohd Shukri, maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Semasa hayatnya, Dollah berkhidmat dengan stesen televisyen berbayar, Astro, sebelum mengorak langkah sebagai pengacara dan pernah membintangi filem terakhir karya Allahyarham Mamat Khalid iaitu Kampong Pisang Berbuah Dua Kali. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Dollah Cantik
#meninggal dunia
#Sentul Point Suite Apartment
#Abdullah Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan