awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mengenai ‘hari bahagia’ dengan Bella Astillah, ini jawapan Syed Saddiq: "Soal ini adalah antara dua keluarga”
Leona rasa sudah tiba masa berumah tangga, doa agar jumpa jodoh tahun depan - “Ramai kawan dah kahwin, saya cemburu”
Myanmar jalankan pilihan raya pertama selepas lima tahun di bawah pemerintahan tentera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua wanita ditahan conteng jet peribadi disangka milik Taylor Swift

Gempak
Gempak
22/06/2024
07:48 MYT
Dua wanita ditahan conteng jet peribadi disangka milik Taylor Swift
Wanita berusia 28, dan 22 tahun yang merupakan aktivis Just Stop Oil didapati menceroboh kawasan hangar di Lapangan Terbang Stansted. - Gempak
DUA wanita ditahan selepas menconteng jet peribadi didakwa milik penyanyi popular dunia, Taylor Swift yang kini berada di Eropah untuk menjayakan konsert Era Tour.
Wanita berusia 28, dan 22 tahun yang merupakan aktivis Just Stop Oil didapati menceroboh kawasan hangar di Lapangan Terbang Stansted dan mensasarkan untuk menconteng jet peribadi dari jenis Falcon 7x milik Swift.
Jet yang telah diconteng dengan warna jingga tersebut didakwa milik Swift selepas mereka kononnya mendapat laporan trafik pesawat itu mendarat setengah jam sebelumnya di lapangan terbang.
Jet peribadi Taylor Swift
Mereka kemudian dengan bangga menayangkan ‘kejayaan’ yang dilakukan apabila berkongsi foto dan video jet yang telah disembur menggunakan alat pemadam api di media sosial.
Bagaimanapun jet yang diconteng bukan milik Swift malah penyanyi lagu Shake It Off tidak berada di tempat kejadian.
Tindakan tersebut dilakukan sebagai tanda protes dan usaha menghentikan sepenuhnya penggunaan bahan api fosil menjelang 2030.
​“Mereka iaitu Jennifer dan Cole telah menceroboh lapangan terbang dengan memotong pagar di kawasan hangar pesawat peribadi diparkir sebelum menconteng sebagai tanda desakan menghentikan penggunaan bahan api fosil menjelang 2030,” ujar pihak berkuasa seperti dilaporkan independent.co.uk.
Pihak berkuasa bagaimanapun memberitahu tindakan tersebut dilakukan jauh daripada kawasan ‘sibuk’ dan tidak memberi kesan kepada operasi penerbangan.
Kumpulan aktivis tersebut pula menerusi kenyataannya mendakwa ramai orang kaya langsung tidak mempedulikan kerosakan yang telah mereka lakukan di muka bumi dan meninggalkan kesan kepada seluruh dunia.
*Artikel disiarkan di Gempak
Topic Berkaitan
#Taylor Swift
#conteng jet peribadi
#Era Tour
#konsert
#eropah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan