awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dul Jaelani ganti tempat Ahmad Dhani dalam konsert di Malaysia

Astro Awani
Astro Awani
31/01/2019
07:45 MYT
Dul Jaelani ganti tempat Ahmad Dhani dalam konsert di Malaysia
DUL JAELANI menjalani latihan di studio bersama anggota Dewa 19, Once sebagai persediaan mengadakan konsert di Malaysia pada Sabtu. - Gambar Instagram Dul Jaelani
DUL JAELANI yang juga anak kepada pengasas dan ketua kumpulan Dewa 19, Ahmad Dhani akan mengisi kekosongan bapanya beraksi dalam Konsert Dewa 19 Live in Malaysia feat Ari Lasso & Once Mekel di Shah Alam, Selangor pada 2 Februari (Sabtu) ini.
Berita itu dikongsi oleh Dul di laman Instagram peribadinya pada Rabu.
Diiringi foto menjalani latihan bersama anggota Dewa 19, Dul berterima kasih kepada Dewa 19 yang mengizinkan dia beraksi menggantikan bapanya.
“Terima kasih kepada Dewa 19 yang memberi izin kepada saya untuk menggantikan tempat ayah di Malaysia. Mohon doa semua. Semoga saya mampu,” kata Dul dalam kapsyennya.
DUL JAELANI memuatkan kenyataan mengenai kemunculannya di konsert Dewa 19 di laman Instagram peribadinya.
DUL JAELANI memuatkan kenyataan mengenai kemunculannya di konsert Dewa 19 di laman Instagram peribadinya.
Hasrat Ahmad Dhani untuk beraksi di hadapan peminat-peminatnya di Malaysia tidak kesampaian apabila penyanyi berkenaan kini dipenjarakan selepas dijatuhkan hukuman 18 bulan penjara oleh Mahkamah Negeri, Jakarta Selatan pada Isnin lalu.
Hukuman berkenaan dikenakan ke atas seniman itu selepas dia didapati bersalah selepas tulisannya di laman Twitter berbaur hasutan dan membangkitkan rasa kebencian terhadap individu dan kumpulan.
Ketiadaan Ahmad Dhani di konsert berkenaan bagaimanapun diteruskan seperti yang dirancang.
Konsert Dewa 19 Live in Malaysia feat Ari Lasso & Once Mekel dianggap peminat-peminat setia kumpulan itu cukup istimewa kerana menggabungan bekas vokalis Dewa 19 yang pernah mencetus fenomena di Malaysia dan Indonesia.
Topic Berkaitan
#Ahmad Dhani
#Ari Lasso
#Dewa 19
#Dul Jaelani
#Indonesia
#konsert
#Malaysia
#Once Mekel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan