awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ella, Faizal Tahir bakal beraksi di gelanggang MMA

Haider Yutim
Haider Yutim
18/08/2016
01:08 MYT
Ella, Faizal Tahir bakal beraksi di gelanggang MMA
Persembahan itu merupakan kerjasama antara ONE Championship dengan Universal Music Group (UMG) yang akan turut menampilkan artist-artist tempatan lain seperti Natasha Sass dan Nik Qistina. - Foto ONE Championship
Ratu rock negara, Ella dan penyanyi Faizal Tahir bakal kembali menghiburkan peminat di pentas, namun kali ini dengan sedikit kelainan.
Kedua-dua artis popular tanah air itu dijadual mengadakan persembahan di gelanggang sukan seni mempertahankan diri campuran (MMA) sempena kejohanan ONE Championship: Unbreakable Warriors.
Ia merupakan kerjasama antara ONE Championship dengan Universal Music Group (UMG) yang akan turut menampilkan artist-artist tempatan lain seperti Natasha Sass dan Nik Qistina.
Menurut Pengarah Urusan UMG Malaysia dan Singapura, Kenny Ong, persembahan itu bakal menjadi sesuatu yang bersejarah kerana ia menggabungkan kehangatan sukan MMA dan konsert rock.
“Kuala Lumpur akan merasai suasana yang belum pernah dialami sebelum ini dan kami amat teruja untuk berkongsi kehangatan itu dengan semua,” katanya.
Ev Ting (kiri) akan berdepan petarung dari Australia, Rob Lisita (kanan) dalam ‘main event’. - Foto ONE
Ev Ting (kiri) akan berdepan petarung dari Australia, Rob Lisita (kanan) dalam ‘main event’. - Foto ONE
Selain konsert, peminat juga akan dibawa menyaksikan pertarungan hebat jaguh-jaguh MMA Malaysia seperti Peter Davis, Ev Ting, Ann Osman, Agilan Thani, Gianni Subba dan Keanu Subba.
Ting akan berdepan petarung dari Australia, Rob Lisita dalam ‘main event’.
Manakala, pertarungan di antara juara light heavyweight WBF Asia-Pasifik, Hisyam Samsudin and juara featherweight MIMMA Muhammad Aiman, akan turut berlangsung.
Kejohanan ONE Championship: Unbreakable Warriors bakal diadakan pada 2 September ini di Stadium Negara, dan dianjurkan bersama oleh Tune Talk.
Topic Berkaitan
#Ella
#Ev Ting
#Faizal Tahir
#konsert
#MMA
#ONE Championship
#Peter Davis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan