Skip to main content

Dunia

Penggodam curi lebih US$2.5 juta daripada akaun pengguna Polymarket - Laporan

Penggodam yang terlibat dalam serangan siber terhadap platform pasaran ramalan dalam talian Amerika Syarikat (AS), Polymarket, mengeluarkan lebih US$2.5 juta daripada akaun pengguna. - Gambar fail/REUTERS
Penggodam yang terlibat dalam serangan siber terhadap platform pasaran ramalan dalam talian Amerika Syarikat (AS), Polymarket, mengeluarkan lebih US$2.5 juta daripada akaun pengguna. - Gambar fail/REUTERS

Advertisement

Ringkasan AI

  • Penggodam mengeluarkan lebih US$2.5 juta daripada lebih 700 akaun pengguna platform pasaran ramalan dalam talian AS, Polymarket.
  • Serangan siber itu berpunca daripada kelemahan pada DebugBear, alat pemantauan prestasi pihak ketiga yang digunakan oleh Polymarket.
  • Polymarket telah menggantung urus niaga dan merujuk insiden kepada pihak berkuasa di United Kingdom untuk siasatan lanjut.
Advertisement

MOSCOW: Penggodam yang terlibat dalam serangan siber terhadap platform pasaran ramalan dalam talian Amerika Syarikat (AS), Polymarket, mengeluarkan lebih US$2.5 juta daripada akaun pengguna, lapor Sputnik/RIA Novosti yang memetik akhbar The Wall Street Journal (WSJ).

Pada Khamis, Polymarket memaklumkan bahawa syarikat rakan kongsinya menjadi sasaran serangan siber, sekali gus mendorong platform itu menggantung urus niaga atas faktor keselamatan.

Menurut laporan WSJ pada Khamis, penggodam berkenaan mengeluarkan dana daripada lebih 700 akaun pengguna.

Advertisement

Laporan itu menyatakan bahawa mereka menemui kelemahan dalam DebugBear, iaitu alat pemantauan prestasi pihak ketiga yang digunakan pada laman sesawang Polymarket.

Polymarket merujuk insiden itu kepada pihak penguat kuasa undang-undang di United Kingdom, tempat DebugBear beroperasi, menurut laporan berkenaan.

Advertisement

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

 

Must Watch Video

Advertisement