awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ellie Suriati dinobat Pengarah Harapan pada malam perasmian FFM26

Bernama
Bernama
29/10/2014
16:19 MYT
Ellie Suriati dinobat Pengarah Harapan pada malam perasmian FFM26
Pengarah filem 'Penanggal', Ellie Suriaty dinobatkan sebagai Pengarah Harapan. - Foto Bernama
Pengarah filem 'Penanggal', Ellie Suriaty dinobatkan sebagai Pengarah Harapan pada malam perasmian Festival Filem Malaysia ke-26 (FFM26) anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) di sini, Rabu.
Festival berkenaan yang bertemakan Transformasi Sinema Malaysia itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Jailani Johari.
Sebanyak 11 anugerah diberi kepada penggiat seni belakang tabir, iaitu Anugerah Poster Terbaik yang dimenangi oleh Primeworks Studios (Grand Brilliance) menerusi filem bertajuk 'Kil', manakala Anugerah Penataan Seni Terbaik disandang oleh Nazrul Asraff menerusi filem 'Penanggal'.
Anugerah Pereka Kostum/ Busana Terbaik dijuarai oleh Hasnan Yaccob dan Fadzilah Abdullah menerusi filen 'Tanda Putera', manakala Sharon Paul menjadi pemenang bagi Anugerah Skor Muzik Asal Terbaik menerusi filem yang sama.
Sementara itu, Anugerah Penataan Bunyi Terbaik disandang Syamsul Yusoff dan Hisham Jupri (KL Gangster 2), Anugerah Lagu Tema Asal Terbaik pula dimenangi Tomok dan Rafidah Abdullah (Istanbul Aku Datang).
Anugerah Penggiat Belakang Tabir dimenangi oleh Ali Husin manakala Anugerah Pelakon Kanak-kanak Terbaik dimenangi oleh Rykarl Iskandar (Ajiboy), dan Anugerah Filem Pendek Terbaik dimenangi Reservoir Production Sdn Bhd menerusifilem 'Jahit'.
Anugerah Filem Animasi Terbaik pula tidak mempunyai pemenang.
Acara kemuncak FFM26 akan diadakan pada Sabtu ini di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Sungai Gadot, Seremban, Negeri Sembilan.
Topic Berkaitan
#Ellie Suriaty
#FFM26
#FINAS
#penanggal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan