awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ellie Suriaty minta maaf sabit terpelanting ketika penggambaran, terkena pelakon lain

Gempak
Gempak
03/02/2022
03:00 MYT
Ellie Suriaty minta maaf sabit terpelanting ketika penggambaran, terkena pelakon lain
Ellie (kiri) meminta maaf daripada Shahidan Izwan (baju putih) kerana tidak sengaja mencederakannya ketika penggambaran filem "Telaga Suriram". -Gempak
MALANG memang tidak berbau.
Masih ingatkah pada gambar belakang tabir filem "Telaga Suriram" yang memperlihatkan pelakon Ellie Suriaty memegang sebilah sabit yang dimuat naik di Instagram Nabila Huda baru-baru ini?
Nampaknya sabit itu terpelanting dan terkena pada dahi serta hidung pelakon Shahidan Izwan yang turut sama membintangi filem tersebut.
Hal itu dikongsikan sendiri oleh pelakon-pelakon berkenaan di Instagram mereka.
“Saya menyebabkan accident on set semalam, 1 Februari 2022 dalam shoot Telaga Suriram.
"Masa shoot, sabit di tangan Mak Tijah terpelanting dalam pergelutan dengan Jabet sehingga terkena dahi dan hidung Kasa.
“Saya minta maaf serta rasa bersalah ya amat pada Shahidan Izwan (yang menjayakan watak Kasa).
"Alhamdulillah... Syukran SWT. Baik sangat-sangat Shahidan lembut hati maafkan saya. Akak minta maaf forever ya Shahidan,” tulis Ellie di Instagramnya.
Dalam pada itu, Ellie yang membawakan watak Tijah berkata, dia reda dengan kejadian berkenaan walaupun mereka telah menjalankan raptai untuk babak tersebut.
“Kita dah rehearse babak tu, dah shoot banyak angle, tetiba terjadi kemalangan yang tak disangka-sangka.
"Mereka semua saksi kejadian. Terima kasih adik-adik semua kerana positive energy and positive vibes yang ada dalam jiwa kalian,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Shahidan yang turut memuat naik video yang menyaksikan luka pada bahagian hidung dan dahinya tidak mengambil hati ke atas kejadian yang telah berlaku.
Ujar Shahidan, sudah menjadi lumrah dan adat untuk kemalangan berlaku di set penggambaran.
“Accident di set Telaga Suriram, kenangan yang tak boleh dilupakan sabit rumput terbang ke muka. Tiada siapa yang salah. Ni lah adat semasa berlakon mesti ada perkara yang tak diingini berlaku.
“Doakan saya cepat sembuh dan tak sabar nak masuk set balik nak buat yang terbaik untuk filem Telaga Suriram,” katanya.
Untuk rekod, Telaga Suriram yang diarahkan oleh Osman Ali turut menampilkan pelakon-pelakon hebat lain seperti Nabila Huda, Scha Alyahya dan Maya Karin.
*Artikel asal di portal Gempak
View this post on Instagram
A post shared by αнмα∂ ѕнαнι∂αη ιzωαη
Topic Berkaitan
#Ellie Suriaty
#Telaga Suriram
#sabit terpelanting
#Shahidan Izwan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan