HIBURAN
Elly Mazlein kini bertudung, hati terdetik lepas lihat pejuang Sumud Flotilla

Buat Elly, inspirasi perubahan datang daripada misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza. - Gempak
PENYANYI dan pelakon, Elly Mazlein, tampil dengan penampilan terbaharu yang lebih sopan dan manis apabila kini memilih untuk berhijab sepenuhnya.
Ringkasan AI
- Elly Mazlein kini berhijab sepenuhnya selepas merasai perubahan hati yang lahir daripada keikhlasan, tanpa paksaan.
- Inspirasi perubahan datang daripada misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza, yang membuatkan Elly kagum dengan semangat para sukarelawan.
- Netizen memuji penampilan baharu Elly ketika mengacarakan pentas akhir Kilauan Emas 2025 dan mendoakan agar beliau kekal istiqamah.
“Sebenarnya tiada istilah cuba-cuba. Apa yang boleh saya katakan, kadang-kadang jihad seseorang itu yang buat kita rasa macam rasa insaf. Rasa sangat kagum dan sangat hebat.
"Terutama sekali apabila melihat rakan-rakan kita yang terlibat bersama dengan misi Sumud Flotilla," kongsinya.
Elly berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media konsert akhir Kilauan Emas 2025 yang berlangsung di Shah Alam, pada Sabtu.
Menurut Elly, perjuangan dan semangat para sukarelawan yang menyertai misi ke Gaza benar-benar menyentuh jiwanya, sekali gus membuatkan dirinya untuk berubah.
"Perjuangan mereka sangatlah hebat dan seharusnya menjadi inspirasi buat kita semua. Terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia dan satu dunia yang sentiasa bersama mereka.
"Jadi saya mengharapkan kita semua sama-sama kuat dan sabar menanti apa yang seterusnya tentang perjuang Sumud Flotilla. Kita sama-sama doakan yang baik-baik supaya mereka selamat sampai ke tanah air sebab kita semua tunggu mereka," ujarnya.
Terdahulu, penampilan Elly yang tampil berhijab ketika mengacarakan pentas akhir Kilauan Emas 2025 pada malam Sabtu mencuri perhatian ramai.
Rata-rata netizen memuji kecantikan Elly selain mendoakan agar dirinya kekal istiqamah selepas memilih untuk berhijab. -- Gempak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami